NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zuckerberg dan Musk sindir-menyindir lagi

Gambar Musk bersama Zuckerberg yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). - Foto Agensi



WASHINGTON - Pertikaman lidah antara dua taikun teknologi hebat, Mark Zuckerberg dan Elon Musk semakin tegang selepas kedua-duanya kembali ‘bergaduh’ di media sosial pada Ahad.

Zuckerberg dengan lantang mendakwa pemilik platform X tidak bersungguh-sungguh dengan perlawanan tinju yang dihebahkan sebelum ini.

“Saya rasa kita semua boleh melihat bahawa Musk sebenarnya tidak serius.

Sudah tiba masanya untuk move on,” kata pengasas Meta tersebut menerusi platform Threads sambil menambah ‘seterunya’ itu enggan membuat pengesahan tarikh sehingga kini.

Menurutnya, Musk memberi pelbagai alasan termasuk mahu menjalani pembedahan dan tempoh pemulihan tersebut dikatakan mengambil masa beberapa bulan.

Pemilik Tesla itu bagaimanapun tidak berdiam diri dan membalas dengan cara provokasi.

“Zuck adalah pengecut,” ujarnya secara sinis malah beliau juga sanggup menuju ke Silicon Valley untuk ‘menggegar’ Zuckerberg.

Sejak beberapa minggu lalu, tumpuan diberikan kepada dua ‘raksasa’ teknologi tersebut selepas perlawanan itu mula digembar-gemburkan.

Pada Jumaat lalu, Musk mengumumkan pertarungan untuk tujuan amal itu bakal diadakan di Rom.

“Saya sudah bercakap dengan Perdana Menteri dan Menteri Kebudayaan Itali.

Mereka bersetuju dengan pilihan lokasi epik,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Gennaro Sangiuliano mengesahkan ada berhubung dengan Musk tentang penganjuran acara tersebut yang tidak akan diadakan di ibu kota.

Jelasnya, acara itu yang dijangka meraih sejumlah besar dana akan disalurkan kepada dua hospital pediatrik penting di negara tersebut. - AFP





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo