NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid takkan letak jawatan kalau UMNO kalah teruk - Khairy



REMBAU - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO sekiranya parti itu sekali lagi kalah teruk pada pilihan raya negeri (PRN) ini.

Malah katanya, UMNO mungkin buat tidak tahu sahaja seperti mana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"UMNO akan kekal seperti biasa dan buat tak tahu. Sebabnya saya punya ramalan seperti PRU15 yang lepas, sama juga yang mana UMNO kena bantai teruk pun, dia akan buat tak tahu saja," katanya kepada pemberita selepas membuang undi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim di sini pada Sabtu.

Menurut Khairy, setakat ini ramalan beliau kekal 3-3, namun perlu dilihat berapa jumlah kerusi yang akan dimenangi Barisan Nasional (BN).

Sementara itu mengulas mengenai peratusan keluar mengundi yang rendah, Khairy berkata, kemungkinan disebabkan faktor hujan dan orang ramai kurang berminat untuk keluar mengundi.

"Di mana-mana pun saya tengok di media sosial agak perlahan (keluar mengundi). Tak tahulah apa maknanya.

"Mungkin juga disebabkan hujan dan terlalu banyak pilihan raya, mereka dah letih politik. Tetapi seperti mana saya sebutkan tadi, PRN ini penting.

“Walaupun tidak ada kesan kepada kerajaan pusat, tetapi ini boleh menentukan kerajaan di peringkat negeri," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat jam 12 tengah hari, Terengganu mencatatkan angka tertinggi pengundian dengan 42 peratus diikuti Kedah 41 peratus dan Pulau Pinang 38 peratus.

Ia diikuti Selangor 36 peratus, Negeri Sembilan (35 peratus) dan Kelantan (34 peratus) manakala Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu mencatatkan jumlah pengundian 39 peratus.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo