NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Ahmad Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar, Ahmad Zahid

Wan Ahmad Fayhsal (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Anwar dan Zahid pada Selasa.



SHAH ALAM - Timbalan ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung 'tawaran kewangan' kepada Majlis Belia Terengganu serta pasukan bermotosikal negeri itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar dan Ahmad Zahid perlu disiasat kerana tindakan tersebut adalah satu bentuk sogokan yang nyata.

"Ahmad Zahid dengan jelasnya dalam kenyataan menyeru belia mengikut ‘Gelombang Biru dan Merah’ di Terengganu.

"Begitu juga tindakan Anwar yang menyalahgunakan kuasa eksekutif dengan mengerah agensi penguatkuasaan membuat siasatan bermotifkan politik yang sudah pasti dikhususkan kepada pemimpin PN," katanya dalam ciapan di Twitter pada Selasa.

Pada 30 Julai lalu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju memperuntuk geran sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan itu di Terengganu.

Ahmad Zahid berkata, jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Dalam pada itu, menurut Wan Fayhsal, pihak polis perlu menyiasat individu tersebut bagi memastikan undang-undang negara tidak disalahgunakan oleh pemimpin kerajaan.

"Bangkit wahai rakyat Malaysia selamatkan negara kita dari kakistokrasi," ujarnya.


Sumber I Sinar Harian 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo