NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi PN, dapat selamatkan UMNO - Hamzah



KUALA PILAH - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta ahli UMNO menyokong PN sekiranya mereka sayangkan masa depan parti itu.

Menurutnya, dengan cara itu saja dapat mengubah masa depan UMNO sekali gus membolehkan ia diterima semula oleh rakyat.

"Kepada orang UMNO, cukuplah. Kalau benar sayangkan UMNO, pastikan 'kepala' atau presiden kamu itu baik.

"Kalau ke pasar beli ikan, contohnya ikan senangin kita akan tengok kepala dia dulu, kalau baik kita beli dan kalau kepala baik, ekornya juga baik.

"Hari ini presidennya busuk. Kita tak mahu seluruh ahli UMNO jadi busuk," katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Sembang Santai di Juasseh di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau ketika ditemui pemberita mendakwa, ramai ahli UMNO kini melihat PN sebagai parti alternatif buat mereka.

Justeru itu beliau meminta ahli parti itu yang tidak suka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mengundi PN.

"Sebab itu saya minta ahli UMNO kalau tak suka kepada Ahmad Zahid, jangan biar saja tetapi caranya dengan mengundi PN dengan beritahu 'kau sebagai Presiden telah kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 dan PRN ini.

"Saya mahu kalau boleh orang UMNO sedar, marilah bersama kita (PN). Kalau tak mahu keluar parti tiada masalah, tapi marilah bersama perjuangan ini dengan mengundi PN," katanya.

Tambahnya, PN mahu melihat pemimpin negara tidak kira dari parti mana sekalipun mempunyai tanggungjawab dan penuh integriti dalam menentukan masa depan negara.

Malah beliau juga menyatakan keyakinan gelombang rakyat yang mahukan perubahan sedang berlaku di seluruh negeri.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo