NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umum keluar DAP esok?, Ramasamy masih berteka-teki


GEORGE TOWN:
Desas-desus bertiup kencang berhubung kemungkinan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy mengambil tindakan drastik keluar daripada parti itu susulan tidak dicalonkan semula pada pilihan raya negeri (PRN), kali ini.

Perkara itu dikuatkan lagi apabila Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II akan mengadakan sidang akhbar khas pukul 10.30 pagi esok.

Malah, khabar angin  berhubung kemungkinan keputusan keluar DAP yang akan diambil penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai berkenaan bertiup kencang ketika ini.

Bagaimanapun, Ramasamy sendiri ketika dihubungi Utusan Malaysia petang ini bagi mendapatkan kepastian berkenaan perkara tersebut dilihat masih berteka-teki.

“Saya tidak tahu, spekulatif,” katanya ringkas ketika ditanya berhubung kebenaran laporan portal berita yang mendakwa beliau akan membuat pengumuman keluar DAP esok.

Ditanya lanjut berkenaan kandungan sidang akhbar yang akan dibuat esok, Ramasamy berkata: “Siapa pun tidak tahu kandungan ‘pc’ (sidang akhbar) esok.”

Pada PRN Pulau Pinang kali ini, Ramasamy merupakan antara lima Exco kerajaan negeri yang digugurkan daripada senarai calon DAP daripada mempertahan kerusi DUN Perai yang dimenanginya sejak 2008.

Keputusan itu dilihat satu kejutan memandangkan Ramasamy secara terbuka menyatakan masih mahu mempertahan kerusi berkenaan selain turut mendapat sokongan pengundi khususnya kaum India di bahagian Seberang Perai.

Bagaimanapun, Ramasamy seperti dilaporkan media sebelum ini berkata, beliau masih setia dengan DAP dan masih ahli DAP serta masih dalam kerajaan ‘caretaker’ Pulau Pinang sebagai Timbalan Ketua Menteri II meskipun tidak dicalonkan semula oleh DAP pada PRN kali ini.

Dalam pada itu, sekiranya benar desas-desus sidang akhbar Ramasamy esok adalah berkenaan tindakanya keluar daripada DAP, ia dilihat bakal memberi kesan tidak menguntungkan DAP ketika hari pengundian PRN hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi memandangkan pengaruh yang dimiliki Ramasamy khususnya dalam kalangan pengundi kaum India. – UTUSAN


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo