Penulisan saya kali ini adalah ringkas dengan memampar beberapa isi penting tanpa hurai mendetail untuk memudahkan pembaca memahami apa sebenarnya berlaku dalam UMNO dan kenapa UMNO Negeri Sembilan mesti menyelamatkan UMNO.
Zahid Hamidi Melemahkan UMNO
3 November 2022 Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, maklumat diterimanya menyatakan, tindakan-tindakan UMNO/BN adalah untuk mengecilkan kemenangan, melemahkan UMNO dan ini sebahagian daripada langkah untuk membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU-15. Kenyataan ini disangkal oleh Zahid dan pimpinan UMNO tetapi terbukti selepas PRU-15. UMNO pada masa ini menjadikan BERSATU kambing hitam kononnya BERSATU nak melemahkan UMNO.
Zahid Hamidi telah memecat sebahagian besar pimpinan UMNO yang berwibawa demi untuk memastikan rancangannya untuk membawa Anwar Ibrahim kembali kepada UMNO berjaya.
UMNO menyerang MCA dan MIC
8 Ogos lalu bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Nazri Aziz berkata Umno, BN perlu menerima hakikat bahawa parti itu perlu bekerjasama dengan DAP jika ingin menarik sokongan bukan Melayu.
Ketua Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi wawancara dengan MalaysiaGazette menyifatkan MIC dan MCA sebagai ‘biawak hidup’ dalam komponen BN yang dipikul UMNO sedangkan mereka tidak mampu meraih sokongan Cina dan Melayu untuk menyokong Barisan Nasional (BN).. Ini bagi mewujudkan ketegangan antara UMNO dengan MCA dan MIC supaya selepas PRN 6 negeri UMNO boleh menyalahkan MCA dan MIC bagi projek besar mereka dengan Anwar Ibrahim.
Serangan demi serang dilakukan kepada MCA dan MIC kerana Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim ada perancangan dengan DAP untuk politik akan datang.
Memutihkan UMNO
Zahid Hamid dalam satu kenyataan selepas UMNO kalah teruk PRN 6 Negeri bukan ingin meletak jawatan tetapi ingin memutihkan UMNO dengan memecat pimpinan UMNO bawahan yang dipercayai akan mengagalkan rancangannya dengan Anwar Ibrahim.
Tujuan pemutihan ini adalah untuk melicinkan lagi rancangan Zahid - Anwar.
Anwar Ibrahim akan kembali kepada UMNO
Adakah Zahid Hamidi akan meletak jawatan? Jawapannya tidak. Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO walaupun UMNO kalah teruk. Kenapa KJ kata macam itu kerana KJ dah ada rahsia sebab itu KJ masih kekal dengan UMNO. Semasa PRN 6 Negeri KJ main 'wayang' sikit untuk dapat sokongan kedua-kedua pihak sedangkan KJ ada projek juga Anwar dan Zahid????
Kita masih ingat pada 16 Jun 2023 lalu KJ dan Johari Abdul Ghani sertai perbincangan mengenai ekonomi bersama PMX. Betul PMX nak KJ untuk pembincangan soal ekonomi. Adakah KJ hebat pasal ekonomi dan selalu bercakap pasal penyelesain ekonomi?
Kita dibutai oleh permainan politik Anwar sahaja. Sebanarnya PMX nak menghalalkan perjumpaan 2 mata antara dia dengan KJ bagi membincangkan masa depan UMNO.
Gabungan UMNO - PKR
Zahid Hamidi dan orang-orang dalam UMNO akan mencadangkan satu resolusi untuk mengatasi masalah sokongan UMNO kian tidak diterima oleh rakyat iaitu dengan mengabungkan UMNO-PKR (orang Melayu PKR). Dengan ini Anwar akan menjadi pemimpin. Gabungan dengan PKR yang dicadangkan adalah orang Melayu dalam PKR akan masuk UMNO dan menjadi Anwar Presiden UMNO.
Selepas itu akan wujud gabungan UMNO + DAP + PKR (yang mewakili bukan Melayu - India). Ini jawapan kenapa UMNO ingin singkirkan MCA dan MIC tanpa sebab.
Kenapa Anwar pilih UMNO?
Kenapa perlu Anwar menjadi Presiden UMNO? Ini persoalan perlu kita fikirkan. UMNO sebenarnya adalah parti paling kaya memilik aset ratusan billion ringgit. Ini yang Anwar mahukan harta UMNO ini. Harta UMNO masih ada bersama pimpinan lama UMNO sebagai pemengang amanah termasuk Mahathir, Tun Daim dan beberapa orang lagi.
Kita dikejutkan satu berita Usahawan Halim Saad mengheret bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan II Nor Mohamed Yakcop, dan kerajaan ke mahkamah sivil.
Difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2
Ogos, tindakan sivil itu adalah berhubung dakwaan kerajaan merampas hak
Halim sebagai pemegang saham mengawal firma bermasalah Renong Berhad
pada 2001.
Kenapa 25 tahun baharu nak saman? Ini semua soal harta UMNO sebenarnya.
UMNO N9 perlu selamatkan UMNO
Bagaimana UMNO N9 boleh gagalkan usaha Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim ini? UMNO N9 perlu membuat satu ketetapan bahawa mereka perlu bergabung dengan PN membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan. Cara ini satu-satu cara menyelamatkan UMNO dan harta UMNO daripada dibolok oleh Anwar dan Zahid Hamidi. Ini sama dengan Johor PH tidak bergabung untuk kerajaan negeri.
Kerusi UMNO 14 dan Kerusi PN 5 sudah cukup untuk menjadi kerajaan negeri di Negeri Sembilan dan UMNO menjadi Menteri Besar.
Jika UMNO bergabung dengan PH, DAP dengan 11 kerusi akan menguasai ekonomi dalam masa 5 tahun sahaja mereka boleh mengatur untuk menjadi N9 satu lagi 'Penang" selepas Singapura. Kalau orang Melayu bodoh lagi untuk memikirkan perkara ini saya tak tahu nak cakap.
NASIR RAMLEE
Penulis Bebas
- Maaf saya menulis terburu-buru kerana ada kekangan masa. Penulisan ini tanpa edit. Saya berhenti di sini dahulu.
........
Komen: UMNO tidak ada pemimpin luhur
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment