NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno dijangka dapat 4 jawatan exco NS, PH 6

Negeri Sembilan menjadi negeri terakhir belum mengumumkan senarai exco selepas gabungan PH-BN menang 31 daripada 36 kerusi DUN pada PRN 12 Ogos lalu. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Umno dijangka mendapat empat jawatan exco di Negeri Sembilan manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh enam.

Sumber berkata, keputusan itu dicapai selepas perbincangan mengenai pembentukan kerajaan negeri.

“Komponen parti dalam PH iaitu DAP memperoleh empat jawatan exco, PKR (dua) dan Amanah mendapat jawatan speaker DUN,” katanya kepada FMT.

Terdahulu FMT melaporkan, Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias membayangkan parti itu mendapat kurang daripada lima jawatan exco.

Adun Pertang itu berkata, perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan PH selesai dan keputusan bersama sudah dicapai.

Seramai 10 exco kerajaan Negeri Sembilan yang baharu akan mengangkat sumpah jawatan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, 9 pagi esok.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu akan disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan turut memaklumkan, mesyuarat exco kerajaan negeri yang pertama selepas PRN akan diadakan di Wisma Negeri selepas istiadat itu.

Negeri Sembilan menjadi negeri terakhir yang belum mengumumkan senarai exco selepas gabungan PH-BN menang 31 daripada 36 kerusi DUN pada PRN 12 Ogos lalu, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

Umno yang memasuki gelanggang PRN tanpa komponen MCA dan MIC menawan 14 kerusi, berbanding komponen PH iaitu DAP (11), PKR (lima), dan Amanah (satu).

Aminuddin Harun yang juga Adun Sikamat dilantik semula sebagai menteri besar Negeri Sembilan bagi penggal kedua pada 14 Ogos lalu.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo