NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umar pecah rekod kebangsaan larian 400 meter

PETALING JAYA: Pelari 400 meter (m) negara, Umar Osman sekali lagi memecah rekod kebangsaan dalam acara berkenaan.

Rekod itu tercipta di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China apabila mencatat rekod baharu kebangsaan, hari ini.

Atlet kelahiran Johor itu mencatat masa 46.33 saat (s), 0.01s lebih pantas daripada catatannya ketika memenangi pingat emas di Sukan Sea Kemboja dekat Phnom Penh, Mei lalu.

Kejayaan merakam rekod baharu kebangsaan itu membolehkannya menamatkan pusingan saringan pertama di kedudukan kedua di belakang pelari Australia, Holder Reece Nathaniel yang mencatat masa 46.10s.

-UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo