NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M tidak tolak ramalan Sanusi



PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menafikan gelombang Perikatan Nasional (PN) akan berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai  dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sehingga mengakibatkan Johor tidak lagi menjadi kubu kuat UMNO. 

Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO itu berkata, pendirian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Seri Muhammad Sanusi berkemungkinan besar diterima oleh pengundi di sana.

“Ada kemungkinan, walaupun pengaruh dia (Sanusi) di Johor tidak sama dengan di Kedah tapi ramai orang mengikuti pendirian MB Kedah,” katanya ketika ditemui pada program Minggu Negarawan Peradaban dan Sosiologi. 

Terdahulu Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN meramalkan gelombang PN tidak lagi boleh disekat, sekali gus akan memberi kemenangan pada gabungan itu tidak lama lagi. 

Katanya, DUN Simpang Jeram bakal menjadi pintu masuk serta pencetus gelombang PN sebelum bertapak di Johor pada pilihan raya akan datang.

Ujar Sanusi, gelombang PN yang melanda enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu itu tidak lagi boleh halang kali ini.

Namun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan dakwaan Sanusi bagai bermimpi di siang hari.- MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo