KUALA LUMPUR – UMNO sedar dan akui, malah sekali-kali tidak menafikan parti itu semakin hilang sokongan rakyat serta orang Melayu.
Bagaimanapun, ujar Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi, ada beberapa pihak termasuk NGO Ilham Center hanya menumpukan kepada alasan tertentu dalam analisis mereka.
Katanya, fokus mereka ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti letak jawatan, kononnya UMNO memerlukan pengganti atau tokoh baharu.
“Tetapi, Ilham Center tidak berani komited, jika Ahmad Zahid letak jawatan masalah akan selesai. Menurut Ilham, UMNO perlu perubahan total. Tidak pula dinyatakan perubahan apa?
“Yang mereka tahu Zahid perlu letak jawatan… Zahid perlu letak jawatan. Solusinya tidak ada,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Menurut Puad, masalah yang dihadapi Malaysia ketika ini ialah berhadapan dengan politik ketaksuban ekstrem.
Katanya, UMNO menjadi mangsa kepada wabak bahaya ini.
“Selagi politik ketaksuban ekstrem ini tidak berubah dan terus menjadi wabak yang bahaya, bukan sahaja UMNO, negara juga terancam.
“Sebab itu analisis Ilham Centre ada kelompongan. Politik mundur iaitu pendakwah suka menghukum kembali menguasai pemikiran politik masyarakat Melayu. Ia merisaukan.
“Apakah (Datuk Seri Muhammad) Sanusi (Md Nor) seorang tokoh? Sampai lepuk kepala orang dengan kertas? Dia tetap panglima perang walaupun nadir bumi hilang? Itulah taksub ekstrem tahap dewa,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment