NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terima kritikan salah guna helikopter kerajaan, Anwar tampil dengan dakwaan tidak mengambil gaji

Anwar menggunakan helikopter ke kempen politik di Kedah.


Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi berkata tidak mengambil gaji sejak kerajaan campuran dibentuk kerana memahami kesusahan dihadapi rakyat.

Perdana Menteri itu berkata hidupnya bukan senang dan berjanji tidak akan menyakau kerana memahami kesusahan dihadapi rakyat ketika ini, ia selepas banyak pihak mengkritiknya berhubung penggunaan helikopter ke program di Kedah baru-baru ini.

“Saya dalam hidup bukan senang, masuk keluar penjara hampir 11 tahun. Kena pukul setengah mati dalam lokap. Dimalu, diaib dan difitnah. Tapi saya kata takpa lah, saya maafkan.

“Kita kena tau fitnah tak boleh… Allah uji dah, jadi Perdana Menteri nak zalim nak sakau tak guna. Sebab tu saya tak ambil gaji sebab saya malu orang susah ramai, nak cari makan pun susah,” katanya dipetik laporan Bernama.

Anwar berkata demikian semasa ceramah politik di Manir, Kuala Terengganu malam tadi.

Pada Jumaat lalu, kehadiran Anwar mencuri perhatian penduduk kawasan luar bandar negeri Kedah apabila beliau memilih helikopter sebagai pengangkutan untuk hadir program di Jeneri dan Kupang.

Sabtu lalu, Anwar menegaskan, beliau berhak menggunakan kemudahan itu berikutan kedudukannya sebagai perdana menteri.

“Saya naik heli ke Jeneri mereka marah, kenapa naik heli? Sekarang ini heli kerajaan, yang hang nak sakit hati kenapa?

“Kerajaan punya, bukan aku punya. Hang tak boleh pakai, perdana menteri boleh pakai,” katanya dipetik laporan media.

Dalam pada itu, Anwar semasa ceramah sama berkata jika ada sebarang kesalahan, beliau terbuka untuk ditegur secara baik.

“Kita boleh berbeza pendapat tapi jagalah adab. Sokong PAS, tak apalah jangan gaduh, saya tak benci dia, itu hak dia,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo