NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Tengok sikap mereka dulu’, kata PM berkait kerjasama negeri pembangkang

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Jalan Tasik Selatan 2A Desa Tasik.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pihaknya “akan melihat sikap” pemimpin negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum kerjasama dijalankan.

Katanya, secara asasnya pihaknya tiada masalah untuk bekerjasama dengan negeri pembangkang jika ia dibuat mengikut garis panduan dan tatakelola betul.

“Terserah kepada sikap mereka, kalau mahu kerjasama saya akan ikut kaedahnya bukan dari segi kenyataan dan juga tindakanya.

“Saya nak pastikan semangat tatakelola betul, mahu wang untuk orang miskin bagi kepada orang miskin jangan agihkan kepada lain. Saya akan tegaskan bab ini,” katanya ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi.

Sebelum ini, menteri besar Kelantan, Terengganu dan Kedah menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan Putrajaya walaupun berbeza parti atas semangat federalisme.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Anwar menolak dakwaan konon penolakan sokongan Melayu kepada parti kerajaan dalam PRN enam negeri disebabkan strategi Madani digunakan tidak berkesan.

Katanya, setiap dasar baharu memerlukan masa untuk difahami rakyat.

“Saya tidak setuju (strategi Madani tak berkesan tarik sokongan Melayu) setengah pihak salahkan Melayu, kefahaman mereka, bahawa mereka mudah terpengaruh isu kaum, agama…menakutkan Cina dan sebagainya.

“Satu cabaran…kita cuba santuni dan tegaskan kepada mereka, kerana mereka (Melayu) mudah (terpengaruh) kalau PH menang, DAP cina berkuasa habis negara…habis rakyat.

“Madani itu satu konsep yang menyeluruh tetapi tanggungjawab jentera kita, kepimpinan mesti kerja lebih keras untuk memahami dan terjemahkan dasar ini,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo