NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tawaran debat ekonomi Rafizi sesuai atau tidak ketika PRN?



SHAH ALAM - Ketidaktentuan ekonomi yang dialami negara hari ini memerlukan kesungguhan dan perhatian yang serius ahli politik sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang bagi memulihkan kembali keadaan dan menyenangkan rakyat.

Justeru, setiap ahli politik perlu tampil dengan idea dan kaedah terbaik bagi mencari jalan penyelesaian berkesan sekali gus dapat membantu rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang semakin menghimpit.

Mungkinkah faktor ini yang mendorong Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencabar beberapa orang ahli politik antaranya Penolong Setiausaha Agung Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman; bekas Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar sementara Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor untuk berdebat dengan beliau mengenai hal ehwal ekonomi.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada perdebatan itu sesuai atau tidak diadakan ketika ini memandangkan negara sedang sibuk dengan persediaan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos 2023.

Jangan pula perdebatan itu diadakan hanya untuk memancing undi semata-mata.

Pada Ahad, Rafizi mencabar Mohd Syahir untuk berdebat dengan beliau mengenai hal ehwal ekonomi.

Cabaran itu diutarakan Rafizi selepas Mohamed Azmin dan Muhammad Sanusi menolak perdebatan tersebut.

Sementara itu, dalam surat balas yang didedahkan Rafizi, Mohd Syahir berkata, beliau sependapat dengan Sanusi iaitu lebih baik memberikan fokus masa tenaga dan masa untuk berkhidmat dan menyelesaikan masalah rakyat.

Menurut Mohd Syahir, beliau bagaimanapun sentiasa bersedia untuk berwacana dengan mana-mana pihak seperti yang dilakukannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu secara terbuka, matang dan harmoni.

Ia berbeza dengan Mohamed Azmin apabila bersetuju dan bersedia untuk berdebat dengan Rafizi.

Persetujuan itu bagaimanapun disertakan dengan syarat bahawa Rafizi perlu membuktikan terlebih dahulu telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

"Sebab itu wahai Rafizi, saya bersedia berdebat dengan saudara dengan syarat buktikan dahulu kamu berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

"Pertama turunkan harga minyak terlebih dahulu. Bukan saya janji, kamu yang janji.

Dalam pada itu, Rafizi memberitahu, beliau akan berterusan mempelawa wakil Perikatan Nasional untuk berdebat kerana budaya itu perlu dibawa demi pembaharuan negara.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo