NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanah Kerajaan Negeri Selangor 600 Ekar Kini Milik Tauke Judi


Hari ini gempar didedahkan mengenai projek Selangor Maritime Gateway (SMG) yang memiliki 600 ekar tanah Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai nilai pembangunan atau Gross Development Value (GDV) RM10 Billion diserahkan kepada TAUKE JUDI Vincent Tan.

Aku pernah ceritakan bagaimana Landasan Lumayan Sdn Bhd  (LLSB) anak syarikat MBI Inc Selangor (Pengerusi dia Amirudin Shaari) yang rugi dan tiada harapan dipulihkan, tetapi membuat beberapa keputusan kewangan yang boleh dipersoalkan. Korang boleh baca kat komen pasal posting tu.

Harini aku nak share macamana LLSB yang MBI Inc Selangor lantik untuk buat projek Selangor Maritime Gateway iaitu projek membersihkan sungai, pulihara sungai dan pembangunan disekitar sungai di Selangor, buat kerja.

Untuk pengetahuan korang, LLSB ni dapat tanah seluas 600 ekar dari Kerajaan Negeri Selangor untuk dimajukan. Nilai pembangunan tanah ni adalah RM10 billion.

Pada 2019, LLSB buat proses "Request for Proposal" RFP dan 98 syarikat dijemput. Namun yang pelik satu pun dikatakan tidak berminat dan menepati kriteria yang ditetapkan.

Tiba-tiba Berjaya Land Sdn Bhd sebuah syarikat milik TAUKE JUDI Vincent Tan hantar satu kertas proposal untuk menjalankan kerjasama dengan LLSB.

Yang bestnya LLSB terus terima kertas cadangan "direct nego" daripada Berjaya Land ini. Korang tengok komen untuk pengakuan oleh Pengarah Urusan LLSB sendiri.

Lagi pelik aku check latar belakang Berjaya Land dia takde pun sebarang pengalaman untuk kerja-kerja pembersihan dan pemuliharaan sungai. Macamana tu Amirudin Shaari?

LLSB kemudian tubuhkan syarikat usahasama dengan Berjaya Land iaitu Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB) dan beri pemilikan saham 55% kepada Berjaya Land.

Jadi syarikat ni bukan syarikat milik Kerajaan Negeri, tetapi LLSB hanya sebagai "minority share holder" dalam LLBSB. Korang kena faham, bila minority shareholder, kau tiada kuasa menentukan halatuju syarikat dan halatuju 600 ekar tanah kerajaan negeri tu.

Korang juga kena faham, bila Berjaya Land miliki 55% maka, nilai GDV sebanyak RM10 billion tadi akan diserahkan RM5.5 billion kepada Berjaya Land. Kau serah macam tu je ke Amirudin??

Jadi untuk menjelaskan isu ni, aku senaraikan soalan yang perlu dijawab Amirudin Shaari.

Pertama, kenapa kau lantik Berjaya Land secara direct nego? Untuk ketelusan kau perlu dedahkan senarai 98 syarikat dan proposal mereka dan kenapa proposal mereka ditolak. Kalau perlu bantuan kau call aku Amirudin. Aku ajar macamana nak publish publicly.

Kedua, berapa yang dibayar oleh Berjaya Land kepada Kerajaan Selangor dan LLSB untuk memiliki 55% saham LLBSB?

Ketiga, kau dedahkan Perjanjian Subscription and Shareholders Agreement diantara LLSB dan Berjaya Land yang kau tandatangan dengan TAUKE JUDI Vincent Tan pada 2021 supaya semua terma perjanjian dapat dilihat dan difahami oleh rakyat selangor dan baru kita tahu siapa dan apa yang digadai dan tergadai?

Nurul Islam Mohamed Yusoff


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo