NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tayangan Upin Ipin di Indonesia tidak terjejas - Burhanuddin




PETALING JAYA: Pencipta siri animasi Upin & Ipin menepis kritikan Gabenor Bali Wayan Koster yang menggesa pelajar negara itu tidak lagi menonton rancangan popular berkenaan.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Burhanuddin Md Radzi menegaskan semua pihak termasuk Wayan tidak perlu bimbang kerana program itu sarat dengan nilai Timur dan pengajaran.

“Kita tunjuk semua budaya Timur, beliau nak budaya maca mana lagi? Indonesia itu besar, kalau kita tengok sebelah Riau (ramai) orang Melayu.

“Orang Jawa pun tahu Upin & Ipin ini menyeronokkan, kanak-kanak di sana pun cakap Melayu yang mungkin membuatkan mereka risau,” katanya kepada FMT.

“Upin Ipin banyak bagi pengajaran, Habis, mereka nak tengok cerita apa? Sinetron (drama)? Kalau baca komen-komen di media dan lain-lain, orang Indonesia sendiri marahkannya (Wayan).”

Burhanuddin mengulas gesaan Wayan supaya pelajar negara itu mengutamakan filem dan kartun tempatan berbanding Upin & Ipin yang berasal dari Malaysia.

“Orang muda biasanya suka menonton animasi apa yang datang dari Malaysia kan? Ya, Upin & Ipin. Jangan kita tonton lagi…Lebih baik sokong filem yang memfokuskan tradisi dan budaya kita,” kata Wayan pada majlis anugerah pertandingan esei filem di Dewan Perundangan Wilayah Bali baru-baru ini.

Di sebalik gesaan itu, Burhanuddin yakin tayangan Upin & Ipin tidak akan terjejas selepas menerima jaminan daripada stesen televisyen di negara jiran.

“Saya sudah periksa dengan stesen televisyen di sana dan mereka kata ‘biarkan pak’, kalau ada masalah stesen televisyen sudah tentu nasihatkan kami.

“Di Indonesia, penonton kita bukan macam di Malaysia, di sana seluruh ahli keluarga menonton (Upin & Ipin),” katanya yang turut memberitahu pihaknya dalam proses membina Taman Tema Upin & Ipin di Melaka.

Les’ Copaque yang menerbitkan siri animasi popular itu mempunyai 17.9 juta pengikut di YouTube dan menjadi saluran pertama di Malaysia meraih ‘Diamond Play Button’ dengan sembilan bilion jumlah tontonan setakat 2023.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo