NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak gentar desas-desus ‘rampasan kuasa’, Chow rancang jadi mentor



GEORGE TOWN: Selepas satu penggal sebagai ketua menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata beliau tidak bimbang dengan ancaman terhadap kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri jika gabungan perpaduan menang kerusi mencukupi untuk mengekalkan kuasa.

Sebaliknya, beliau akan memfokuskan terhadap membimbing calon muka baharu yang bertanding dalam pilihan raya.

Chow menolak dakwaan beliau akan digulingkan Adun DAP yang tidak sealiran dengannya.

Katanya, beliau terdorong dengan keyakinan diberikan kepadanya oleh kepimpinan pusat DAP selain Pengerusi PH Anwar Ibrahim bahawa beliau akan dicalonkan sebagai ketua menteri sekali lagi jika PH dan rakan sekutunya mengekalkan kuasa di Pulau Pinang selepas PRN 12 Ogos ini, seperti dijangkakan.

“Menamakan ketua memang membantu. Sekurang-kurangnya orang tahu siapa yang memimpin kerajaan jika mandat diberikan,” katanya.

“Kini memandangkan saya diberi mandat untuk memimpin jika kami menang, cabarannya adalah untuk bekerja dengan pasukan orang yang baharu. Bukan saja DAP, malah juga PKR, ramai calon telah ditukar.”

DAP mencalonkan tujuh wajah baharu dalam PRN Pulau Pinang, manakala lapan oleh PKR dan lima Umno. Terdapat 40 kerusi dalam DUN Pulau Pinang.

Chow berkata calon baharu itu mempunyai pengalaman pentadbiran terhad walaupun pernah menjadi ahli kelab penyokong dan ahli majlis sebelum ini.

Cabaran dihadapinya adalah untuk mendorong wajah-wajah baharu ini, dengan menegaskan perlunya kepimpinan beliau dalam membimbing mereka dalam mentadbir negeri secara berkesan.

“Saya perlu menyediakan kepimpinan dan membiasakan mereka dengan mentadbir negeri.

“Apabila menjadi ahli kelab penyokong, anda boleh berkata apa saja. Tetapi apabila berada dalam kerajaan, anda akan menyedari banyak peraturan dan garis panduan perlu dipatuhi,” katanya.

Chow mengakui banyak yang beliau sendiri perlu belajar sebagai ahli exco ketika DAP pertama kali memimpin kerajaan negeri pada 2008.

Katanya, kumpulan baharu “calon perpaduan” akan melalui latihan dan diberi masa enam bulan untuk membiasakan diri.

Chow juga berkata akan ada usaha untuk menarik lebih ramai penyokong untuk Pakatan Harapan.

Disoal mengenai jumlah undian rendah diperoleh PKR dalam PRU lalu, Chow berkata ini mungkin disumbangkan pengundian berasaskan kaum.

Katanya, parti tertentu mungkin mendapat lebih banyak sokongan kerana bersifat berbilang kaum, manakala ada yang sebaliknya.








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo