Malah pengalaman bertanding di DUN Permatang Pasir pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijadikan sebagai penanda aras untuk mengatur strategi lebih tersusun untuk mendekati pengundi Sungai Dua.
Beliau tidak menafikan calon lawannya dari Barisan Nasional (BN) adalah saingan sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini meskipun hanya pertembungan dua penjuru.
Apatah lagi, katanya memandangkan beberapa kawasan di Sungai Dua merupakan kubu kuat parti itu.
Namun, Ustaz Muhammad Fauzi yakin persaingan sengit itu tidak memustahilkan PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk menawan kubu itu, malah aura “#PenangJomKalih” sedang hangat di Pulau Pinang.
Menurutnya, sebelum ini PAS sukar untuk berkempen di kampung-kampung di situ, namun suasana kini berubah 180 darjah apabila penduduk semakin menerima kehadiran PN.
“Rata-rata penduduk di sini, mereka mengikuti isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam negara. Jadi rupanya mereka cuma mahu kenal atau bertemu muka untuk mengenali siapa calon PN yang bakal mewakili mereka untuk mereka pangkah pada 12 Ogos nanti,” katanya.
Katanya, ramai pengundi yang ditemui menyatakan hasrat yang sama, iaitu ingin menukar dan mahu memberi peluang kepada PN untuk mentadbir kerajaan negeri. –HARAKAHDAILY 1/8/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment