1. Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat Selangor. Namun kini terlalu banyak persoalan timbul yang menunjukkan wujud ketirisan dalam urustadbir sebuah kerajaan negeri yang dicanang-canang kononnya mempunyai tatakelola yang baik.
2. Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB). Difahamkan syarikat ini mengurus projek di sepanjang Sungai Klang bernilai RM700 juta tanpa suntikan dana kerajaan negeri. LLSB telah bekerjasama dengan taikun judi melalui Berjaya Land Berhad membentuk satu syarikat baharu iaitu Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd dengan Berjaya Land Berhad memegang majoriti pegangan saham.
3. Menjadi persoalan besar apabila pengerusi syarikat swasta ini adalah Menteri Besar sendiri, sedangkan ini adalah sebuah syarikat swasta. Sebagai MB, beliau boleh mempengaruhi keputusan dan kelulusan. Tidakkah ia bermasalah dari segi tatakelola yang baik yang dilaung-laungkan PH? Tapi apakan daya, PMX sendiri melanggar budaya tatakelola yang baik ini apabila melantik dirinya sendiri menjadi Menteri Kewangan.
3. Persoalan kedua. LLSB menjalinkan usaha-sama dengan Berjaya Land Berhad secara rundingan terus. Ini satu lagi tatakelola yang tidak selari dengan kehendak PH. Walaupun terdapat alasan bahawa tender dibuka untuk 98 pemaju, namun semua pemaju ini tidak berjaya. Peliknya, di Malaysia, hanya terdapat 99 pemaju hartanah, adakah semuanya tidak berkelayakan? Atau LLSB berbohong?
4. Seperkara, jika benar tender dibuka untuk kesemua 98 pemaju hartanah itu, mengapa hanya Berjaya Land Bhd. mendapat laluan mudah? Sedangkan Berjaya ketika itu sedang menyaman kerajaan Selangor. Jarang sekali orang mahu beri projek kepada pihak yang menyamannya.
5. Lagi memelikkan, sewaktu Perjanjian Langgan Saham (SSA) untuk usaha-sama LLSB dan Berjaya ditandatangani, LLSB hanya mendapat 45% manakala Berjaya mendapat 55%, sedangkan kerajaan Selangor sebenarnya berkemampuan bangunkan hartanah sendiri.
6. Lebih mengejutkan, Berjaya yang sepatutnya membayar premium cukai tanah tidak membayarnya. Malah ia tidak perlu melunaskan pinjaman berjumlah RM54 juta. Bahkan permit penjualan pasir di Sungai Klang yang diperoleh LLSB diberikan kepada LLBSB yang mana operasinya dikuasai Berjaya. Maka hasil yang sepatutnya mengalir ke kantung negeri tembus ke kantung yang lain.
7. Persoalan terbesar, siapa sebenarnya Berjaya kepada Amirudin. Adakah kos pilihanraya Pakatan Harapan Selangor dibiayai mereka sehingga Amirudin terlalu berlembut? Persoalan ini mesti dirungkaikan segera.
8. Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.
Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.
Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment