NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sikap mengenang budi, kehadiran KJ bantu Reezal berkempen hanya atas dasar persahabatan

KJ ketika turun membantu Reezal berkempen, hari ini. Gambar FB Reezal




“Saya rasa UMNO akan buat tak tahu (jika kalah)…kalau UMNO ‘bungkus’ mereka akan buat tak tahu,” demikian reaksi terkini Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas kedudukan UMNO jika gagal menang sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 108 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya kali ini.

Namun beliau memberi pengecualian terhadap sahabatnya, Datuk Seri Reezal Merican yang menjadi calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam di Kepala Batas.

“…kecuali Reezal…mereka (UMNO) akan buat tak tahu,” katanya ketika hadir membantu kempen Reezal hari ini, lapor Sinar Harian.

Bekas menteri kesihatan itu menegaskan beliau hanya hadir untuk membantu Reezal berkempen atas dasar persabahatan, tidak untuk calon lain dari BN mahupun PH.

“Kalau di Bertam saya tahu ada yang enggan undi calon BN atas faktor tertentu tetapi ketepikanlah faktor itu dan bantu Reezal.

“Satu undi adalah untuk Reezal dan bukan untuk (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi,” katanya.

Sebelum ini, beliau juga membuat kemunculan di Puncak Alam, Shah Alam membantu berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) DUN Jeram, Datuk Harisson Hassan, Isnin lalu.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo