NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Serangan terhadap saya dibuktikan dengan pertambahan majoriti - Mohd Amar


KOTA BHARU:
Kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Datuk Mohd Amar Abdullah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam dengan majoriti yang bertambah membuktikan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu masih diterima oleh sebahagian besar penyokong Pas dan pengundi.

Mohd Amar menang selesa di kerusi berkenaan dengan majoriti lebih 10,000 undi kali ini memberi tanda kepimpinannya masih diperlukan.

“Alhamdulillah syukur, maknanya serangan pada saya dibuktikan dengan bertambah majoriti di DUN.

Kita jangka, sebab yang menyerang kita musuh politik kita, (yang) pan UMNO,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini dilihat berlaku kempen menolak kepimpinan Mohd Amar termasuk daripada keluarga bekas Menterii Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta pengundi tidak mengundi Mohd Amar.

Selain itu juga ada gesaan dan protes dari sebahagian penyokong Pas yang meminta kepimpinan menggugurkan beliau dari tersenarai sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu sidang media sebelum ini memaklumkan bahawa peralihan kepimpinan Kerajaan Kelantan dengan tidak mengekalkan Mohd Amar sebagai Timbalan Menteri Besar selepas ini manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob juga tidak mahu dicalonkan kembali sebagai Menteri Besar Kelantan.

Teka-teki siapa yang bakal menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan kini menjadi persoalan apabila ada dakwaan menyatakan penyokong dan pengundi Mohd Amar mahukan beliau dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu.

Sebelum ini nama ADUN Temangan, Datuk Mohd Fadzli Hassan disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang baharu.

Calon Menteri Besar Kelantan dijangka dapat diketahui pada 15 Ogos ini.


........
Komen: Orang buat kerja selalu buat salah... yang tak salah macam Anwar Ibrahim pasal tak buat kerja cari salah orang aje


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo