NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas TikTok, kini laman sesawang TV Pertiwi disekat SKMM

Tangkap layar laman sesawang TV Pertiwi, yang boleh diakses melalui penggunaan rangkaian peribadi maya bagi memintas sekatan SKMM.




Portal berita TV Pertiwi disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hanya dua hari selepas akaun TikToknya disekat. 

Dalam satu kenyataan, TV Pertiwi, yang pakar dalam program bual bicara hal ehwal semasa, menyelar sekatan terbaharu itu, sambil menyifatkannya sebagai detik hitam dalam pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim meskipun seriang melaungkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.

“TV Pertiwi menggesa pihak kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital serta SKMM menjelaskan perkara ini selain nyatakan ‘kesalahan’ yang telah dilakukan portal berita ini,” kata Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Firdaus Salleh Hudin.

Semakan menunjukkan bahawa URL tvpertiwi.com.my tidak boleh diakses, sebaliknya notis oleh SKMM memaklumkan pelawat bahawa laman sesawang tersebut telah disekat. 

Ketika laporan ini ditulis, sekurang-kurangnya pengguna dua penyedia perkhidmatan internet (ISP) utama, Unifi dan Maxis, terjejas akibat sekatan itu. 

Pada Selasa, akaun TikTok TV Pertiwi yang mempunyai kira-kira 63,000 pengikut telah disekat secara kekal. 

Difahamkan, langkah itu dibuat selepas pertubuhan berita itu menampilkan penganalisis politik Ridhuan Tee Abdullah sebagai ahli panel dalam salah satu program wawancaranya. 

Tidak lama selepas mengambil alih Kementerian Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memberi amaran kepada platform media sosial supaya mengambil tindakan terhadap kandungan yang didakwanya mencetuskan kebencian dan sentimen perkauman.

Pada Jun lalu, Fahmi juga diserang selepas portal berita MalaysiaNow disekat. 

Bulan lalu, sebuah lagi laman sesawang hal ehwal semasa, UtusanTV, yang dikendalikan oleh bekas kakitangan syarikat media Utusan Melayu yang kini ditutup, turut disekat. 

SKMM, pengawal selia internet negara, masih belum memberikan sebarang penjelasan berhubung sekatan tersebut. 

Fahmi sebaliknya menafikan telah memberi sebarang arahan kepada SKMM untuk menyekat mana-mana laman sesawang, sambil menambah bahawa agensi itu mempunyai kuasa untuk melakukan sekatan secara terus.


Sumber I MalaysiaNow 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo