NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Saya sebut perjuangan Islam, bukan lawan Islam’



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nassuruddin Daud menafikan dakwaan melabelkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama dan Galas melawan perjuangan Islam.

Sebaliknya, beliau menegaskan dalam ucapan yang dirujuk itu, hanya menyebut sebagai perjuangan Islam dan bukannya melawan Islam sebagaimana didakwa kedua-dua Adun terbabit.

Justeru beliau menegaskan, sebaliknya pihak berkenaan perlu menyemak semula ucapan yang dikeluarkan oleh beliau tempoh hari.

“Saya sebut perjuangan Islam bukan lawan Islam dan mereka boleh semak semula ucapan dan dalam ucapan itu jelas saya menyebut perjuangan Islam bukan melawan Islam.

“Perkataan melawan Islam dan memperjuangkan Islam adalah dua perkara berbeza. Oleh itu jangan pusing ucapan saya itu, dan saya kira ucapan saya itu disampaikan dalam bahasa Melayu Kelantan yang jelas mudah untuk difahami.

“Jadi, jangan buat kenyataan yang bukan-bukan, sedangkan kita sendiri kurang faham dengan ucapan yang disampaikan oleh seseorang. Selain itu, dalam dunia politik kita tidak boleh mudah koyak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa ribut di Masjid Kampung Kota, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pihak terbabit mahu memfaikan saman terhadap dakwaan itu sekiranya enggan membuat permohonan maaf, beliau menegaskan sama sekali enggan berbuat demikian kerana beranggapan tidak membuat kesalahan.

Sebaliknya beliau menunggu surat atau pun notis mengenai perkara itu untuk diteliti.

“Jika mereka mahu mengambil tindakan tidak mengapa lah, kita tunggulah surat dan notis yang akan dihantar oleh mereka dan kita akan teliti,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo