KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menayangkan kertas undi miliknya yang sudah ditanda kepada petugas media, tidak menyalahi undang-undang, kata seorang peguam.
Pengamal undang-undang, Asiah Abd Jalil, menerusi perkongsian di Facebook, ketika mengulas tindakan Sanusi itu, menyifatkan perbuatan terbabit tidak menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Jika kita rujuk Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Bahagian VII ialah bahagian khusus mengenai Petisyen Pilihan Raya. Bahagian ini merangkumi Seksyen 33 sehingga Seksyen 42. Seksyen 39 - Larangan Mengenai Pendedahan Undi
"Tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya," katanya.
Beliau menegaskan, Seksyen 39 ini hanya beroperasi apabila ada petisyen pilihan raya difailkan.
"Apabila petisyen difailkan, dalam prosiding di Mahkamah Pilihan Raya kelak, sesiapa pun tidak boleh memaksa mana-mana pengundi memberitahu siapa yang diundi semasa pilihan raya tersebut. Itu maksud Seksyen 39 ini.
"Sanusi nak tayang kertas undi dia, takde siapa paksa, takde siapa suruh, takde siapa kehendaki, itu dia punya hal," katanya
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata perbuatan menunjukkan kertas undi yang sudah dipangkah kepada umum, adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Razaruddin berkata, polis akan menjalankan siasatan sekiranya ada pihak tampil membuat laporan polis terhadap individu yang berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya setakat jam 6 petang tadi, belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan berhubung perkara itu.
"Sekiranya ada laporan polis, kita akan siasat. Buat masa ini belum ada laporan (diterima) setakat jam 6 petang tadi.
"Kalau ada laporan dia menunjukkan kertas undi yang sudah dipangkah, mungkin kesalahan yang kita boleh jeniskan mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu menentukan kerahsiaan dalam pengundian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas diIbu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.
Terdahulu, media melaporkan Sanusi menayang kertas undi kepada petugas media yang membuat liputan ketika beliau menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sik, Kedah.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment