PETALING JAYA: Sanusi Nor bakal dilantik semula sebagai menteri besar Kedah untuk penggal kedua.
Menurut Bernama, Sanusi mengesahkan beliau akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Anak Bukit, hari ini.
“Esok (hari ini) saya akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Anak Bukit jam 10 pagi,” katanya lapor Bernama.
Dalam PRN Sabtu lalu, PN berjaya mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi DUN Kedah.
Sanusi menang besar di DUN Jeneri dengan majoriti 16,050 undi sekali gus menewaskan pencabarnya dari Barisan Nasional (BN).
Sanusi yang mewakili PN memperoleh sebanyak 21,823 undi manakala calon BN bagi kerusi itu, Muhamad Khizri memperolehi sebanyak 5,773 undi.
Ketua pengarah pilihan raya PN itu berkata, majoriti kemenangannya kali ini adalah lebih besar berbanding PRU14 di mana ketika itu hanya memperolehi majoriti sebanyak 2,455 undi.
Pada PRU14 Sanusi menang dengan majoriti 2,455 undi dengan undian diperolehi sebanyak 10,626 undi mengalahkan tiga calon lain Mahadzir Abdul Hamid (BN) dengan 8,171 undi dan Mohd Nazri Abu Hassan (PKR) dengan 4,146 undi.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment