NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

REE: Sanusi heret Saifuddin ke mahkamah

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tingi terhadap Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kerana mengaitkan beliau dengan kecurian unsur nadir bumi (REE) dan salah guna dana persekutuan untuk projek selenggara jalan.

Sanusi berkata, kenyataan dibuat Saifuddin pada 14 dan 15 Julai lalu mencemarkan imej beliau sebagai pemimpin politik.

“Kenyataan defendan (Saifuddin) membangkitkan persepsi negatif bahawa plaintif (Sanusi) sanggup menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri,” kata Sanusi dalam kenyataan tuntutan yang difailkan pada Khamis lalu.

Sanusi juga mendakwa beliau juga mengalami tekanan emosi susulan kenyataan “tidak berasas” Saifuddin terhadapnya.

Tambahnya, kenyataan Saifuddin juga dibuat dengan tujuan jahat sebagai sebahagian strategi kempen Pakatan Harapan dalam PRN di enam negeri tidak lama lagi.

Sanusi menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan daripada Saifuddin.

Beliau juga meminta mahkamah mengarahkan Saifuddin untuk membuat kenyataan maaf secara terbuka.

Pada bulan lalu, Sanusi berkata beliau akan menyaman Saifuddin atas kenyataan fitnah tersebut dan menegaskan bahawa dakwaan itu tidak benar dan berniat jahat. Beliau juga sudah mengarahkan pegawainya membuat laporan polis dan memulakan tindakan perundangan.

Bagaimanapun, firma guaman Nav & Co yang mewakili Saifuddin berkata, menteri itu mempertahankan kenyataan tersebut.

Berhubung dakwaan menyalah guna dana peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris), Sanusi berkata, wang berjumlah RM259 juta berada dalam simpanan tetap kerajaan negeri dan dilaporkan dalam penyata kewangan serta diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

Dalam ceramah pada 15 Julai, Saifuddin menggesa Sanusi mengesahkan sama ada beliau sebagai pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI), dikenakan denda RM500,000 berhubung dakwaan kecurian nadir bumi di Sik, Kedah.

Menurut laporan Berita Harian, Saifuddin dipetik sebagai berkata: “Kita lantik menteri besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri.”


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo