Sementelah netizen tengah sibuk sembang tentang REE ni, Aku selaku Geologist yang turut serta dalam Simposium Mineral yang fokus kepada NR-REE dan beberapa siri technical session yang lain nak beri sedikit pandangan dan maklumat.
1. REE ada 2 jenis. Radioactive dan Non Radioactive. Yang sibuk bincang sekarang adalah NR-REE. Non Radioactive. Selamat.
2. Sekarang ni. Worldwide production lead by China. Malaysia dilihat berpeluang untuk masuk dalam market share pengeluaran REE ini. Malaysia dianggarkan memiliki 15.2 juta tan NR-REE bernilai RM741 bilion. Yang lagi mengujakan adalah harga mineral ini juga bakal naik melebihi 700 peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang!
3. Negeri yang ada NR-REE ini bukan di Kedah sahaja oih. Johor, Kelantan, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu pun ada. Cuma ada negeri yang mempunyai lebih bayak taburan dia.
4. Apa progress kat Malaysia sekarang ni? Actually kat Malaysia ni baru stabil dalam fasa prospecting. Bahasa mudahnya adalah nak buat anggaran nilai yang lebih tepat. Sebab tu kes kat Kedah tu baru dikeluarkan lesen penjelajahan (Prospecting Licence-PL). Nak boleh lombong kena ada ML (Mining Licence).
5. Ada 1 site di Perak yang dijadikan projek perintis untuk perlombongan NR-REE ini yang akan follow dokumen prosedur operasi standard (SOP) yang terhasil dari sesi libat urus pemain industri bersama agensi berkait. Selepas tu baru la ok.
6. Apa pula kaitan REE ni dengan Elon Musk?
Antara kegunaan penting REE pada masa akan datang adalah untuk New Energy. Supermagnet (NdFeb Magnet) yang digunakan untuk gerakkan Electric Vehicle datang dari sumber REE ni. Unsur yang digunakan dan ada di Malaysia adalah Terbium (Tb) dan Dysprosium (Dy). Dianggarkan permintaan untuk EV ni akan meningkat exponantially menjelang 2040.
7. Sebab tu bagi aku, Tak pelik plan "Greater Kedah" oleh Sanusi tu boleh berjaya. Sebab kat sana ada sumber masa hadapan. Pelabur memang eyeing Kedah as the one of high potential investment area. Kalau KXP tu lulus pula memang Kedah boleh menggamit lebih ramai pelabur-pelabur besar. Selesai terus perihal logistic. Kulim High Park pula jadi tempat kilang-kilang besar masuk. Fuhhhh!
8. So korang takkan pelik Pakatan Harapan memang betul-betul try hard nak dapatkan Kedah. Tapi bila Saifuddin duk main isu REE ni terlebih sangat. Aku yang faham perihal industri perlombongan ni mampu gelak je la kat tepi.
9. Cuma negeri lain tak kurang besar peluangnya. Cuma memerlukan seorang pemimpin yang betul2 push untuk menjayakan agenda eknomi masa hadapan ini. Pemain industri sahaja tak cukup. Ianya memerlukan political will dari pemegang taruh dan pemimpin negeri.
10. Cuma harapan besar dalam industri adalah bukannya sumber REE ini di jual sebagai mineral mentah selepas dilombong. Ianya harus dijayakan oleh pemimpin di Malaysia agar proses Mining - Seperation - Metal Refining - Magnet Alloy Manufacturing berlaku di Malaysia.
11. Apabila the whole process ini berlaku dalam Malaysia maka ianya akan meningkatkan peluang pekerjaan rakyat Malaysia sekaligus meningkatkan pendapatan kita. Come on man. Most of the europe country pun takde REE ni. Inilah peluang untuk generasi anak cucu kita.
12. Menteri di kabinet juga perlu mainkan pernanan penting. Aku tak pasti Menteri lain camne. Cuma yang aku tahu masa Dato' Taki masa Perikatan Nasional pegang KETSA dulu memang ada usaha Dato' Taki ke negara-negara lain untuk transfer the technology. Cuma i do believe JMG dan pejabat menteri sekarang semestinya dah push perkara ini kepada Menteri.
13. Aku sangat berharap apa sahaja topi politik pemimpin di peringkat negeri mahupun pusat, Agenda REE perlu diperkasakan. Letak tepi topi politik supaya ianya mampu menjadi game changer kepada ekonomi masa depan negara kita.
14. Akhir kata. Hidup REE! Urrrraaaa!
Ahmad Zulqurnain Ghazalli
Professional Geologist
No comments
Post a Comment