NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

REE: Ada ‘kecurian’ di N9? Kenapa pula didiamkan?




DALAM kajian mineral RMK-11, anggaran keseluruhan mineral yang dijumpai dalam negara adalah RM4.11 trilion.

Sekarang dah masuk pertengahan penggal RMK-12. Maksudnya dah lama kajian mineral tersebut dibuat. 

Nilai RM4.11 trilion itu adalah mineral logam (metallics), bukan logam dan mineral tenaga. 

Daripada nilai tersebut, jumlah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) keseluruhan adalah RM809.6 bilion harga pasaran semasa. 

Ada lebih 20 hotspot REE di seluruh negara, Kedah ada satu di Mukim Bukit Enggang di Sik. 

Anggaran nilai NR-REE di Kedah yang Menteri Besar pernah sebut adalah RM60 bilion. 

Nilai itu besar untuk bawa pulangan hasil kepada negeri.

Oleh sebab itu, Kedah usahakan untuk teroka REE secara terbuka. Bangunkan perancangan yang teliti dan transparen

Tak ada sembunyi-sembunyi walaupun awal-awal Menteri Besar sebut dulu geng sana pakat gelak. 

Aktiviti perlombongan ini memang di bawah Senarai Negeri berdasarkan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Cumanya SOP perlombongan kita belum develop di peringkat Persekutuan. 

Walaupun Kedah sudah ada MoU untuk buat penerokaan, kita masih belum dapat memulakan aktiviti perlombongan REE kerana ketiadaan SOP daripada Kementerian.

Tang mana yang kata Menteri Besar nak mencuri?

Industri ini boleh dikatakan masih baru di Malaysia dan kita perlukan maklumat lanjut dan kepakaran. 

Jika tidak negeri khususnya akan kehilangan hasil disebabkan perlombongan haram yang berlaku. 

Kaedah perlombongan juga kena teliti sebab kena elak impak alam sekitar. Sebab itu kaedah in-situ leachingdicadangkan untuk perlombongan REE.

Bukan mudah nak kawal perlombongan haram. Bukan depa pi korek belakang rumah, nuu dalam hutan belantara mana hala itu. 

Kes di Negeri Sembilan (N9) itu salah satu tapi didiamkan Saifuddin yang rupanya banyak tak tahu daripada tahu.

Sepatutnya Kerajaan Persekutuan lebih bertanggungjawab dalam membangunkan dasar mineral yang lebih transparen dan berstrategik.

Ironinya, Kementerian Hal Ehwal Sanusi menghentam kiri kanan secara tidak langsung menggambarkan yang depasendiri tak buat kerja. 

Tapi dia tanya macam-macam seolah-olah nak menampakkan dia betul semua. Dia tahu ke tak tahu ni? 

HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 31/7/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02zkfeoeTmCUTLHiW2QR72T2TB6aae66KfdgYWL2rATy23HRnm36ayZwtkcF7SoijFl&id=100001607375200&mibextid=Nif5oz


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo