PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy dijangka mengumumkan keluar parti esok.
Sumber dalam parti mendakwa Ramasamy, yang telah bersama parti itu selama hampir dua dekad, akan meletak jawatan kerana tidak berpuas hati tidak dicalonkan pada PRN.
Awal hari ini, Ramasamy memaklumkan akan mengadakan sidang media, sambil menambah beliau mempunyai pengumuman “penting” untuk dibuat.
Sidang media itu akan diadakan di pejabat David Marshel, yang meninggalkan DAP baru-baru ini dan kini bertanding sebagai calon bebas di Perai.
“Ya, beliau akan umumkan (keluar daripada DAP) esok,” kata seorang veteran DAP yang enggan dinamakan kepada FMT.
Ramasamy adalah antara tujuh bekas Adun yang tidak dicalonkan pada PRN. Bekas Adun Perai tiga penggal itu memenangi kerusi itu pada 2008.
Bulan lepas, Ramasamy mempersoalkan sama ada DAP masih parti yang sama disertainya pada 2005, memetik ketiadaan ketelusan dan konsistensi dalam pengumuman calon.
Beliau berkata, beberapa penyandang tidak dicalonkan atas alasan parti itu mahu memperbaharu diri, tetapi “hakikatnya ramai calon lebih muda digantikan oleh calon yang lebih tua.”
Marshel juga bulan lepas memberikan amaran bahawa ramai yang akan keluar parti, terutama golongan berbangsa India, berikutan layanan DAP terhadap timbalan ketua menteri itu.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment