NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rama bidas dakwaan ‘rasis’ berkait jawatan TKM II

Bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, berkata jawatan itu diwujudkan bagi ‘menghargai orang India yang berjuang untuk diri mereka’ susulan perhimpunan Hindraf.



GEORGE TOWN: Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, membidas dakwaan penggantinya yang menyifatkan, “rasis” mengkhaskan jawatan itu bagi orang Tamil sahaja.

Ramasamy, yang baru-baru ini keluar DAP berkata, ketua menteri sememangnya diterajui orang Cina daripada DAP, manakala timbalan ketua menteri (TKM) I dipegang orang Melayu daripada PKR.

“Adakah itu rasis?” soalnya.

Beliau terus mempertahankan jawatan TKM II sepatutnya dikhaskan kepada orang Tamil, selain menegaskan jawatan itu diwujudkan bagi “menghargai orang India yang berjuang untuk diri mereka” susulan perhimpunan Hindraf.

Beliau memberitahu FMT orang Tamil sepatutnya diiktiraf.

Terdahulu, Jagdeep Singh Deo, yang baru dilantik sebagai TKM II mahu “menyegarkan semula” jawatan itu dengan berkhidmat kepada semua, bukan hanya untuk masyarakat India dan kumpulan minoriti.

Jagdeep turut menolak tanggapan hanya orang Tamil boleh memegang jawatan itu, sambil menyifatkan ia “remeh dan rasis”.

Katanya, walaupun konsep peranan itu dibuat mendiang bapanya yang juga penyokong kuat DAP, Karpal Singh demi memperjuangkan kepentingan masyarakat India, ia “tidak pernah dikhaskan untuk orang Tamil saja”.

Bagaimanapun, Ramasamy berkata, Jagdeep tidak terlibat pada 2008 ketika jawatan tersebut diwujudkan apabila Karpal membangkitkan perkara itu, selebihnya ia hanya “imaginasi rekaan Jagdeep”.

“Saya memainkan peranan penting dalam pembentukan jawatan TKM II yang seterusnya diterima pakai oleh parti.”

Katanya, beliau berkhidmat kepada semua masyarakat ketika memegang jawatan itu selama tiga penggal, terutama melibatkan kumpulan rendah sosio-ekonominya, sambil menambah satu-satunya kekurangan dihadapinya adalah kelemahan hubungan keluarga “yang memainkan peranan sangat penting dalam DAP”.

“Jagdeep tidak sepatutnya diselubungi pemikiran saya hanya berkhidmat kepada orang India Tamil sahaja di Pulau Pinang dan bukan masyarakat lain. Saya juga boleh menuduh beliau dengan perkara sama.”

Ramasamy juga menolak dakwaan Jagdeep yang beliau turut ditakrif sebagai Hindu mengikut Ordinan Lembaga Wakaf Hindu 1906.

Beliau berkata, ordinan itu diwujudkan khusus untuk menguruskan hartanah milik Hindu, dan sebagai badan pentadbir bukannya merujuk agama.

“Kemasukan Sikhisme bukan menjadikan Sikh secara automatik ditakrif sebagai Hindu. Dua agama berkenaan adalah berbeza, seperti mana Islam berbeza dengan Kristian.

“Terlalu mudah bagi Jagdeep menggunakan ordinan itu dan menyatakan Sikh tidak berbeza dengan Hindu.”


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo