Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap) mendapati, rakyat lebih merisaukan kemampuan mereka untuk menampung kos sara hidup dalam keadaan pendapatan yang tidak stabil dan perbelanjaan yang semakin meningkat.
Ianya semua kerana kenaikan harga barangan dan makanan yang dijangka berlaku dalam beberapa bulan akan datang.
“Pemilik perniagaan telah menunjukkan kemerosotan dalam urus niaga runcit dan jumlah pelanggan.
“Ini menimbulkan kebimbangan mengenai keupayaan mereka untuk membayar pinjaman dan membayar gaji pekerja kerana majoriti pelanggan tempatan kini mengurangkan perbelanjaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Perkara ini susulan tinjauan baru-baru ini oleh badan pemikir membabitkan 292 responden dari Selangor dan Negeri Sembilan, apabila lebih 80 peratus menuntut supaya langkah mengurangkan kos sara hidup dilaksanakan segera.
Ia mendapati bahawa pembaharuan ekonomi adalah kebimbangan kedua terbesar dalam kalangan rakyat dengan lebih 65 peratus responden meletakkannya sebagai keutamaan kedua mereka.
Badan pemikir itu menyatakan, kebimbangan yang semakin meningkat ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia seolah hilang harapan dalam aspek ekonomi yang positif seperti yang dijanjikan, terutama dalam masyarakat Melayu.
“Walaupun tinjauan menunjukkan majoriti lebih 59 peratus responden berpuas hati dengan pentadbiran semasa, kepuasan dalam kalangan responden Melayu khususnya adalah jauh lebih rendah berbanding responden Cina dan India,” kata Insap.
Pihaknya menambah bahawa hanya 35 peratus responden Melayu menyatakan berpuas hati dengan tadbir urus dan pengurusan ekonomi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala 40 peratus menyatakan rasa tidak puas hati.
“Ini berikutan pembabitan kerajaan yang tidak mencukupi dalam isu arus perdana seperti kos sara hidup telah memburukkan lagi kesan kepada ekonomi,” kata badan pemikir itu.
- ismaweb
........Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment