KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad terkejut kerana program siaran ulangan rakaman rancangan Hijrahku Laguku yang menampil dirinya dilihat sebagai suatu ‘kecuaian dan amalan sambil lewa’ oleh TV Alhijrah.
Malah Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, program yang telah disiarkan itu semalam turut mendapat amaran oleh pihak yang tertentu.
Justeru beliau tidak kisah sekiranya program seumpama dipotong mana-mana bahagian yang ada wajahnya asalkan hiburan Islam dapat diterap kepada rakyat Malaysia.
“Saya agak terkejut dilihat sebagai suatu ‘kecuaian dan amalan sambil lewa’ jika ia hanya kemunculan saya dalam rancangan tersebut yang berlangsung pada tahun lepas.
“Rancangan ini sangat baik untuk menonjolkan bakat dan minat seni yang berteraskan Islam ketika anak muda mencari jalan untuk berhibur yang diredhai Allah. Dan saya sangat berharap ia dapat dilaksanakan setiap tahun.
“Jika program seumpama ini ditafsir sebagai isu politik, saya mohon mana-mana pihak untuk berlapang dada, atau potonglah mana-mana bahagian yang ada wajah saya, asalkan hiburan Islam dapat diterap kepada rakyat Malaysia.
“Usah dimangsakan bakat seniman Islam yang perlu sepatutnya diketengahkan. Janganlah hanya isu politik sempit, kita abaikan bakat-bakat yang sepatutnya menjadi panduan untuk seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam amalkan. Kasihanilah insan seni yang berjuang untuk tegakkan industri hiburan Islam dalam negara kita,” tulisnya di Facebook miliknya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment