NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Tun M yakin PN terus kekal di Kedah, Kelantan, Terengganu



ANAK BUKIT - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Perikatan Nasional (PN) mampu mengekalkan kerajaan negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Beliau juga percaya PN masih lagi berpeluang mencipta kemenangan khususnya di Selangor selain Negeri Sembilan.

Menurutnya, namun PN berdepan sedikit kesukaran untuk merampas Pulau Pinang daripada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin PN boleh menang lagi di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang akan ditadbir oleh Pas. Di Selangor dan Negeri Sembilan tetap ada peluang. Pulau Pinang agak sukar sebab tak ramai kawasan yang PN boleh menang,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit pada Sabtu.

Dr Mahathir hadir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan kedua-kedua negarawan ini selesai membuang undi pada 9.22 pagi.

Dalam pada itu Dr Mahathir mendakwa, sekiranya kerusi ditandingi PH mengalami kekalahan yang banyak di enam negeri yang mengadakan pilihan raya negeri (PRN), ia boleh dianggap sebagai penolakan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“(Jika berlaku) ia hantar satu mesej kepada kerajaan pusat, iaitu rakyat mempunyai pendirian dan perasaan. Kita tengoklah kalau PH kalah banyak, mereka patut ambil berat tentang penolakan kerajaan ini oleh rakyat,” ujarnya.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, perubahan di peringkat negeri kemungkinan akan menyebabkan ia turut berlaku di peringkat pusat.

“Tetapi kita harus ingat, dahulu UMNO menang di Melaka dan Johor tetapi kalah teruk di seluruh negara, jadi kita tak boleh ambil itu sebagai petanda yang tepat,” jelasnya lagi.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo