Pada penggal lalu, 20 manifesto telah dapat ditunaikan dengan jayanya dan dinikmati oleh semua rakyat.
“Kita ada buat banyak kejayaan semua portfolio kita yang telah kita gabungkan.
“Kalau kita tunjuk kepada rakyat, kita rasa sudah cukup untuk kita buktikan kepada rakyat kita patut diberi peluang pada kali yang seterusnya,” kata Pengarah Pilihan raya PAS negeri, Ustaz Ariffin Deraman ketika ditemui, baru-baru ini.
Beliau berkata, 20 manifesto pilihan raya lalu ditambah dengan 10 lagi pada kali ini, ia adalah tawaran yang menarik kepada rakyat.
“Jadi 10 perkara tawaran baru ini memang sangat menariklah insya-Allah, kita akan cuba selesaikan kesepuluh perkara ini,” katanya yang mempertahankan kerusi Dun Alur Limbat pada PRN kali ini.
Berikut ialah penjelasan beliau berhubung manifesto, gerak kerja kempen dan seruan kepada para pengundi.
Di samping isu-isu yang kami telah kemukakan, kita buat sebuah buku kejayaan kerajaan PAS atau PN Terengganu sepanjang kita perintah lima tahun. (https://www.trdi.my/buku-kejayaan-terengganu-20182022)
Kita ada buat banyak kejayaan semua portfolio kita yang telah kita gabungkan. Kalau kita tunjuk kepada rakyat, kita rasa sudah cukup untuk kita buktikan kepada rakyat kita patut diberi peluang pada kali yang seterusnya.
Di mana kita telah mengemukakan 20 manifesto. Alhamdulillah kita berjaya buat kesemua 20 manifesto ini, ada yang mencabar. Kita berjaya tunai 20 manifesto ini tapi ada cabaran. Contohnya pembahagian tanah, pembinaan rumah di setiap Dun kerana ia berbeza, itulah yang telah kita usahakan, berbeza Dun berbeza cabarannya.
10 perkara manifesto atau tawaran kita 20+10, ia bukan tinggal yang 20. 20 itu saya sebut tadi masih banyak perkara yang kita nak tingkatkan terutamanya Dun Wakaf Mempelam, Dun Alur Limbat kita tanah tak banyak. Jadi kita memerlukan masa yang panjang. Rumah kita akan buat untuk masa lima tahun akan datang , kita usahakan perkara itu. Jadi 10 perkara tawaran baru ini memang sangat menariklah insya-Allah, kita akan cuba selesaikan kesepuluh perkara ini.
Kami telah bekerja selama lima tahun, maksudnya sama ada dari kerajaan negeri kita tidak bergerak di atas parti PAS semata-mata tapi kita buat pembangunan kecil rakyat, P02 projek MARRIS, PTS, D32 yang memang kita fokus kepada projek-projek untuk menaikkan taraf insfrastruktur dan membantu rakyat yang susah. Kita baiki rumah, kita buat rumah beberapa buah walaupun tidak banyak.
Kita ada i-RAHMAN, kita bagi setahun 10 buah untuk mereka buat rumah di tapak rumah sendiri, kemudian kita baiki longkang, jalan, kita buat jalan baru istilahnya kita perbaiki jalan yang sedia ada.
Jadi kita fokus kepada perkara ini di samping melalui parti kita sendiri kita menubuhkan pasukan kempen kita bukan bermula pada hari penamaan calon, bukan dari pembubaran tetapi kita sudah buat lima tahun.
Kempen
Macam saya sendiri, saya dengan driver hampir setiap hari saya pergi ke kedai kopi pada pagi-pagi. Sudah lima tahun kita buat kerja. Jadi sudah tidak ada sebab kalau sekarang kita kata musim selepas penamaan calon kita boleh pergi kedai tetapi tidak boleh belanja orang, kami reda. Jadi kalau kami tidak pergi pun tidak ada masalah.
Begitu juga program ziarah. Kita kalau sekarang ini berdasarkan kepada keputusan (petisyen) pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, apa-apa jamuan tidak dibenarkan, hadiah tidak boleh bagi. Jadi pergi ziarah ini dalam keadaan ziarah sahaja, kita kempen supaya mengundi. Ini tidak salah, kita pergi tetapi tidak boleh bagi apa-apa kepada rakyat.
Pada kita, kita tidak terkilan sebab kita sudah bekerja sudah lima tahun, jadi itu beza kita dengan Umno. Dalam keadaan kita sudah defensif maksudnya serangan sangat banyak pada kita, tetapi serangan itu peluru kecil sahaja, tidak ada peluru besar setakat hari ini. Saya dapat rasakan tiada peluru besar serangan ini yang akan kena kepada kerajaan negeri, kepada kita sehingga boleh menggugat kita punya objektif untuk mencapai kemenangan besar 32-0, maknanya kita berada di atas landasan yang sebenar untuk mencapai kemenangan.
Petugas parti
Seruan saya kepada petugas PAS dan Bersatu. Mereka semua bertanding atas tiket PAS. Kita ini ibarat satu parti sahaja tidak kamu Bersatu, kamu PAS, sama sahaja.
Semangat ini momentum kerja yang bermula daripada penamaan calon sehingga 12 Ogos ini supaya teruskan momentum ini. Walaupun kita lihat masih banyak mana-mana Dun di pihak PH dan Umno, UDM mereka banyak tidak dibuka, saya jangka lepas penamaan calon bertambah tapi masih tidak bertambah dan ada yang buka suam-suam kuku, ada yang buka sekadar lampu sahaja, pintu tutup terus tidak ada langsung petugas.
Saya bagi contoh ada satu UDM satu cawangan sahaja di satu kampung, ia bukanlah UDM ataupun pusat mengundi kampung yang paling kuat, agak sederhana. Tapi bila saya pergi selepas penamaan calon itu hampir 200 orang pemuda kita duduk tengok bola dan bakar ayam untuk petugas, dalam 50 meter dari markas tu pos Umno kosong terus, tidak ada apa langsung. Ini fenomena yang sedang berlaku di dalam bukan sahaja Dun saya tapi kalau ikut penamaan calon di Dun Batu Buruk, Wakaf Mempelam, Ru Rendang, Dun-Dun yang kalau PKR dan juga PAN bertanding ada kawan kata kalau tengok zahir boleh hilang deposit.
Sebab PAN kalau bertanding atas tiket PH dan PKR mereka ini semua hilang deposit Dun dulu. Tidak ambil kira lagi parlimen mereka hilang deposit. Tapi bila Umno kalau langsung hari penamaan calon itu tidak beri kerjasama sebab kita tengok ada bendera PH sahaja sehingga ada satu Dun masa nak isytihar keputusan calon pukul 9 hingga 10 pagi, pukul 10.15 tidak ada langsung, tinggal bendera PH dua tiga, orang dia pun tidak ada. Jadi suasana ini tidak pernah berlaku sama ada penamaan calon parlimen hari itu dan sebelum daripada ini.
Jadi tanpa meletakkan terlalu yakin, saya menyeru kepada petugas terus buat kerja macam biasa, kekalkan momentum. Dan saya nak menyeru kepada pengundi supaya berilah sokongan pada kali ini, undi PAS lah pada pilihan raya ini. Maka inilah masa kita tolak PH-BN kerana mereka telah bersekongkol dalam keadaan asalnya mereka tidak bersama di antara satu sama lain.
Perantau
Jadi saya menyeru juga kepada pengundi luar, perantau yang berada di luar supaya pulang mengundi walaupun raya haji, puasa sudah balik, balik bercuti dan sebagainya. Tapi pilihan raya adalah sesuatu yang sangat penting. Kita buat perubahan atau kekalkan kalau di negeri Terengganu, kerajaan negeri yang ada. Jadi baliklah mengundi dan tentulah seruan saya undilah PAS dalam pilihan raya negeri Terengganu pada kali ini untuk kita kekalkan, untuk kita mencapai momentum dan target kita 32-0 insya-Allah dalam pilihan raya negeri yang akan berlaku pada 12 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 4/8/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment