NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: PAS Terengganu cadang SPR sedia bas pengundi luar

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan perkhidmatan bas kepada pengundi luar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Dr. Alias Razak berkata, pihaknya percaya mekanisme tersebut terbaik bagi memastikan sebahagian besar pengundi luar dapat pulang mengundi.

Beliau percaya perkhidmatan bas ekspres tidak mampu menampung permintaan anak Terengganu yang mahu pulang mengundi.

“Takkan dari Kuala Lumpur nak jalan kaki balik ke Terengganu?. Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pun tidak siap lagi. Kalau tak ada bantuan bas (daripada parti politik) , bagaimana mereka yang tiada kenderaan hendak balik?.

“SPR kena fikirlah benda-benda macam ini dan sepatutnya sediakan (bas),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan sebarang pemberian wang, bayaran tiket bas atau memberi ole-ole sewaktu musim pilihan raya merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Alias berkata, pengundi luar yang berdaftar di Terengganu dianggarkan berjumlah kira-kira 60,000 orang. 

– KOSMO! ONLINE

Komen: kalau tidak kerana usaha parti politik, peratusan turun mengundi takkan capai peratusan sepatutnya


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo