JELEBU - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa kenaikan kadar subsidi harga padi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa merupakan perjuangan yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).
Katanya, ia merupakan usul yang diutarakan melalui Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya dalam sidang parlimen sebelum ini.
"Alhamdulillah kita patut bersyukur kerana perdana menteri dah umumkan, saya nak maklumkan perjuangan ini dibawa oleh kita (PN) dalam parlimen melalui Muslimin, beliau yang mengutarakan isu ini.
"Maka sebab itu apabila dapat (kenaikan kadar subsidi padi) ia adalah kerana perjuangan kita (namun) masanya tidak sesuai (pilihan raya) tetapi pada saya tidak apalah kerana kita hendak membantu petani," katanya ketika ditemui pemberita selepas Himpunan Anak Muda PN di sini pada Rabu.
Hadir sama, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jelebu, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Hamzah berkata, bagaimanapun para petani tahu siapa mereka hendak mengundi sebab perjuangan itu datangnya daripada gabungan parti berkenaan.
Hadir sama, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jelebu, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Hamzah berkata, bagaimanapun para petani tahu siapa mereka hendak mengundi sebab perjuangan itu datangnya daripada gabungan parti berkenaan.
"Tidak semestinya dia umum dia dapat undi tetapi yang penting perjuangan itu telah pun dimakbulkan ALLAH SWT, seperti UMNO dan DAP itu takdir, itulah dia Zahid Hamidi (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), hari ini saya nak beritahu ini takdirnya perjuangan kita bawa sudah dapat, bukan sebab kerajaan, sebab perjuangan kita.
"Undi itu hak pengundi, jadi bagi duit banyak mana pun tak kisah, tidak semestinya mengundi Pakatan Harapan (PH)," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerajaan mengumumkan kenaikan kadar subsidi harga padi daripada RM360 kepada RM500 setiap metrik tan bermula Rabu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) itu membolehkan pesawah menerima sekurang-kurangnya RM1,700 setiap tan sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah serta memberi motivasi untuk meningkatkan pengeluaran.
Dalam pada itu, Hamzah turut memaklumkan, PN menjangka memenangi lima daripada enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
“Anda pun tahu boleh rasa negeri yang mana yang kita patut menang. Saya rasa anda semua tahu kecuali Pulau Pinang.
“Saya bercakap terus terang, ia agak sukar tapi kita akan bekerja keras di Pulau Pinang. Insya-ALLAH saya gunakan ayat menembusi negeri Pulau Pinang, ini yang kita sedang cuba yang terbaik.
“Untuk semasa, lima negeri, tapi berkemungkinan dalam tempoh dua hari lagi, Insya-ALLAH kita boleh dapat Pulau Pinang sekali, kalau kita boleh dapat Pulau Pinang, akan jadi 6-0,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment