KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan Pas Terengganu takut dengan bayang-bayang sendiri apabila terus memainkan sentimen undi Barisan Nasional (BN) akan dapat DAP pada kempen pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Anthony berkata, perbuatan itu jelas membuktikan parti berkenaan telah ketandusan modal.
"Tidak ada seorang pun calon DAP di Terengganu. Macam mana kalau undi BN dapat wakil rakyat DAP. Jadi (Pas) jangan (hendak) perbodohkan rakyat.
"Kalau hendak berhujah pun biarlah secara bijak dan penuh kematangan. Apa yang takut sangat dengan saya dan DAP? Saya ini Menteri Pengangkutan," katanya ketika sidang akhbar di Kampung Cina di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Dr Alias Razak.
Alias pada Khamis mendakwa kesungguhan calon dan pemimpin BN membuat persiapan menyambut kedatangan Anthony ke Terengganu membantu memudahkan gerak kerja kempen Pas.
Ujarnya, situasi itu jelas membuktikan dakwaan bahawa undi BN akan dapat DAP.
Sementara itu, Anthony dalam perkembangan sama meminta supaya Pas menghentikan tindakan menakut-nakutkan pengundi terutamanya Melayu dengan mengaitkan DAP.
"Pas kni sudah lama bertapak di Terengganu dan mereka (juga) kuat. Jadi apa hendak takut sangat dengan DAP," katanya
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment