PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRN di enam negeri Sabtu ini tidak akan menumbangkan Putrajaya, sebaliknya isyarat penolakan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Katanya, keputusannya akan menjadi pungutan suara oleh rakyat yang tidak bersetuju terhadap segala perkembangan dalam negara, selepas lebih lapan bulan kerajaan perpaduan diterajui Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dibentuk.
“Walaupun ini bukan pilihan raya umum yang bertujuan membentuk kerajaan persekutuan, tetapi 9.7 juta pengundi di enam negeri adalah orang yang sama.
“Jika semua calon PN memenangi kerusi dan berjaya membentuk kerajaan di enam negeri, ia memberi isyarat rakyat menolak kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu program di Kuala Nerus, Terengganu menurut Harian Metro.
Semalam, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mendakwa ada pelbagai cara menukar kerajaan persekutuan, walaupun Akta Anti-Lompat Parti sudah dikuat kuasakan.
“Ada proses undang-undang yang boleh diambil untuk tukar sesebuah kerajaan, begitu juga dengan kerajaan negeri,” katanya.
Presiden PAS Hadi Awang pula mengingatkan penyokong PN berhubung kepentingan gabungan itu memenangi PRN enam negeri untuk menukar kerajaan persekutuan.
Bagaimanapun, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata tiada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keputusan PRN itu akan membawa perubahan kepada pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment