Mohamed Azmin bersama isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin membuang undi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate pada Sabtu. |
GOMBAK - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Ali yakin Perikatan Nasional (PN) dapat memenangi majoriti besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sekali gus membentuk kerajaan negeri baharu malam ini.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, ia susulan penerimaan sokongan kuat yang diraih ketika tempoh kempen termasuk ketika 'grand finale'.
"Saya yakin kita akan dapat majoriti (kemenangan) besar di Hulu Kelang termasuk banyak kerusi lain di Selangor.
"Saya optimistik dan insya-ALLAH kita dapat membentuk kerajaan negeri baharu di Selangor," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate pada Sabtu.
Sebelum itu, beliau tiba bersama isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin di pusat mengundi berkenaan jam 8.50 pagi dan selesai mengundi jam 9.15 pagi tadi.
Azmin berkata, beliau gembira dan teruja untuk kembali bertanding di DUN Hulu Kelang yang juga kerusi pertama yang disandangnya pada pilihan raya 1999.
Dalam pada itu, menurutnya, pengundi di Hulu Kelang mahukan perubahan keseluruhan pentadbiran di Selangor.
Jelasnya, perkara tersebut telah dinyatakan oleh beliau sebelum ini berhubung ketidakpuasan hati rakyat bukan sahaja di Selangor tetapi juga di seluruh negara.
Kerusi DUN Hulu Kelang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Azmin yang mewakili PN dan calon Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment