NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: Abdul Hadi jangka PN menang lebih besar berbanding PRU15



MARANG - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjangkakan Perikatan Nasional (PN) menang lebih besar pada pilihan raya negeri (PRN) ini berbanding Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurutnya, ia susulan sokongan terhadap PN meningkat berdasarkan lawatan sepanjang kempen yang dihadirinya sebelum ini.

"Melihat semangat dan keseluruhan menerusi lawatan dilakukan, ia sangat mengalakkan.

"Insya-ALLAH... kita mendapat kejayaan dan dijangka lebih besar daripada keputusan di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rusila di sini pada Sabtu.

Hari pengundian bagi PRN enam negeri dilaksanakan serentak pada Sabtu di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Turut diadakan serentak ialah PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

PRN melibatkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

PRN enam negeri itu juga akan menyaksikan sebanyak 245 kerusi DUN menjadi rebutan parti-parti bertanding pada pilihan raya negeri kali ini untuk mendapatkan mandat rakyat.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi juga menyeru sekali lagi kepada seluruh pengundi khususnya Melayu Islam supaya menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada hari ini.

"Ini kerana mengundi adalah suatu kewajipan memilih pemimpin yang mewakili kita, memilih kerajaan memerintah kita. Ini satu amanah yang sangat besar.

"Tunaikan tanggungjawab dan jangan pandang ringan. Jangan pandang mudah khususnya bagi orang Melayu Islam dan mesti tunai tanggungjawab ini dengan sungguh-sungguh," ujarnya.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo