PUTRAJAYA - Separuh daripada keseluruhan pengundi yang berdaftar di Terengganu telah melaksanakan tanggungjawab itu setakat jam 1 petang apabila peratusan keluar mengundi yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 50 peratus.
Menurut SPR, peratusan keluar mengundi di lima negeri lain pula dalam lingkungan 40 peratus.
Kedah dengan 49 peratus, Pulau Pinang (46 peratus), Selangor (44 peratus), Negeri Sembilan (42 peratus) dan Kelantan (40 peratus).
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dicatatkan setakat 1 petang adalah 47 peratus.
Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri, dibuka bermula jam 8 pagi tadi.
Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat atau saluran mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Keputusan Prn6N menunjukkan secara umumnya Pas/PN berjaya menang serta menambah kerusi & jumlah undi di Trg, Kltn & Kdh, manakala telah berjaya meraih kerusi serta menambah undi di Sgor, Pp & Ns.
ReplyDeleteIni adalah indikator bahwa Pas/PN telah berjaya mara menang di kawasan PhUmno yg mana jika momentum ini kekal maka pada Pru16 PN/Pas dijangka bakal memperolehi majoriti mudah parlimen dan meranang di Perak & Phg, dan menambah kerusi di Ns, Jhr serta munkin boleh menang di Mlk, Sgor & Ns, serta menggugat Pp.
Terus berusaha.
Peace.