Dua
tajuk terakhir rencana saya mengenai politik ialah “Melayu tidak boleh bergantung
kepada UMNO lagi” (22 11 2022) dan “Selamat
tinggal UMNO” (25 11 2022). Selepas itu saya tidak menulis lagi
mengenai politik sehinggalah ke hari ini. Sebabnya ialah kerana saya telah
hilang minat mengenainya. Ia menyababkan beberapa orang bertanya sama ada saya
sihat sebab sudah lama saya tidak menulis. Mereka meminta saya terus menulis
kerana, mengikut mereka, banyak orang menunggu untuk mendengar pandangan saya
mengenai isu-isu semasa.
Hari
ini, setelah melihat keputusan PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri
Sembilan, Terengganu dan Kelantan, ada sesuatu yang saya ingin katakan. Maka,
saya menulis rencana ini.
Semenjak
selepas PRU 14 (2018) lagi, ramai orang Melayu veteran yang masih sayangkan
UMNO menasihatkan ahli-ahli UMNO bahawa UMNO perlu berubah dan dibersihkan.
Selepas
PRN Melaka dan Johor, kita memperingatkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa orang
Melayu memberi kemenangan kepada UMNO bukan kerana mereka, tetapi in spite
of them. Kita memperingatkan
pemimpin-pemimpin itu bahawa orang Melayu memberi kemenangan kepada UMNO kerana
mereka masih sayangkan UMNO. Pada masa yang sama, mereka mengharapkan UMNO akan
berubah dan membersihkan diri daripada pemimpin-pemimpin yang menjadi liabiliti
kepada parti.
Tetapi,
pemimpin-pemimpin itu masih ketegar. Mereka menganggap kemenangan itu adalah
kerana mereka. Mereka terus memperkuatkan dan melanjutkan kedudukan mereka
dalam parti dengan meminda perlembagaan parti. Ahli-ahli UMNO bertepuk gemuruh
di Perhimpunan Agung, memberi sokongan kepada “pemimpin-pemimpin kesayangan”
mereka. Orang-orang Melayu veteran yang menegur pemimpin-pemimpin itu dianggap
sebagai musuh UMNO.
Tiba
PRU 15. Pemimpin-pemimpin itu menghadapi pilihan raya itu dengan angkuh dan
penuh keyakinan mereka akan dapat menubuhkan kerajaan pusat semula.
Apa
yang terjadi kepada UMNO dalam PRU 15 kita semua tahu. UMNO kalah teruk. Rupa-rupanya,
orang Melayu tidak mudah lupa.
DS
Zahid dan ahli-ahli MKT UMNO masih tidak mengambil pengajaran daripada
keputusan itu. Mereka lakukan apa yang tidak terfikir oleh kita ada pemimpin
UMNO yang sanggup melakukannya. DS Zahid membawa UMNO bekerjasama dengan DS
Anwar dan DAP, melanggar resolusi Perhimpunan Agung UMNO. Ahli-ahli MKT UMNO
mengikutinya kerana kepentingan diri. Mereka fikir pengundi-pengundi Melayu
akan mengikut apa sahaja yang mereka lakukan. Anggapan mereka ternyata meleset.
Sebagai
buktinya, lihat sahaja keputusan PRN yang berlangsung pada 12 Ogos 2023. Daripada
108 kerusi yang ditandingi UMNO, ia hanya memperolehi 19 kerusi (17.5%). Itu
pun kerana sokongan kepada DSU Mohamad Hassan di Negeri Sembilan sebanyak 14
kerusi, sedangkan di Kedah BN yang bertanding 15 kerusi tidak memenangi satu
kerusi pun, di Kelantan ia hanya mendapat satu kerusi, di Pulau Pinang dua
kerusi, di Selangor dua dan di Terengganu kosong. Kemenangan dua kerusi di
Pulau Pulau Pinang itu pun adalah di Bertam, kampung Tun Abdullah Badawi,
setelah menantunya Khairy Jamaluddin turun berkempen untuk calon UMNO,
seorang bekas Menteri. Satu kerusi lagi
di Sungai Acheh, UMNO hanya menang dengan 147 undi.
Walaupun
Presiden PKR memegang jawatan Perdana Menteri, prestasi PKR juga meleset.
Daripada 58 kerusi yang ditandinginya, PKR hanya menang 26 kerusi, itu pun
dengan sokongan padu penyokong-penyokong DAP, BN dan
Amanah. Di Selangor, kubu terkuatnya, ia hanya memenagi 12 daripada 20 yang
ditandinginya, 16 kerusi kurang daripada yang dimenanginya dalam PRU 14, iaitu
28. Di Kedah ia hanya memenangi dua daripada 10 kerusi yang ditandinginya. Di
Pulau Pinang, enam kerusi yang
dimenanginya dalam PRU 14 dirampas oleh PN. Di Kelantan dan Terengganu, PKR ditolak sama sekali.
Amanah
juga menerima nasib yang sama dengan UMNO dan PKR. Ia hanya memenagi lapan kerusi
daripada 31 yang ditandinginya, termasuk lima daripada sembilan yang
ditandinginya di Selangor. Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi
penyokong DAP, BN dan PKR. Mengharapkan undi penyokongnya sendiri, ia tidak
boleh menang walau satu kerusi pun. Buktinya, lihatlah apa yang berlaku di
Kedah, Kelantan dan Terengganu.
DAP
mempertahankan kedudukannya dengan cemerlang. Ia memenangi 46 kerusi daripada 47
kerusi yang dipertandingkannya (98%).
PN
jelas dapat menambah penguasaannya. Ia memenangi 146 kerusi daripada jumlah
keseluruhan sebanyak 245 kerusi berbanding dengan 80 oleh PH dan 19 oleh BN. Di
Selangor, kubu kuat PH pun, PN dapat menambah lima kerusi yang dimenanginya
dalam PRU 14 kepada 22, yang lebihnya itu datangnya daripada PKR, UMNO dan
Amanah. Di Kedah, PN berjaya merampas lima daripada tujuh kerusi PKR, empat
daripada Amanah, tiga daripada BN dan satu daripada DAP. Di Pulau Pinang, satu
lagi kubu kuat PH, PN berjaya menambah satu kerusi (PAS) yang dimenanginya
dalam PRU 14 kepada 11, kesemuanya dirampas daripada PKR, UMNO dan Amanah.
Tetapi,
yang betul-betul menang adalah PAS. Keseluruhannya PAS memenangi 117 kerusi berbanding
dengan rakan kongsinya, Bersatu 28 dan Gerakan 1. Apa yan lebih menarik dengan pencapaian PAS
ialah lonjakan yang dibuatnya sekali gus membenam UMNO, PKR dan Amanah.
Saya
fikir pengundi Melayu bertindak seperti itu atas beberapa sebab. Pertama,
mereka masih tidak lupa dan tidak memaafkan apa yang dilakukan oleh Kerajaan PH
yang mereka berpendapat menggugat hak-hak keistimewaan orang Melayu dan
kedudukan agama Islam dan tindakan dan kenyataan penyokong-penyokong PH,
terutama sekali dari DAP. Mereka tahu bahawa
DAP berdiam diri bukanlah bererti ia telah berubah: ia hanya menukar taktiknya
kerana cara konfrontasi dahulu menaikkan kemarahan orang Melayu.
Kedua,
orang Melayu, terutama sekali ahli dan penyokong PAS dan Bersatu merasakan
bahawa hak mereka untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan selepas PRU 15 telah
dirampas daripada mereka dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang digemari oleh
pihak Istana.
Ketiga,
keputusan PRN ini menunjukkan orang Melayu sedar bahawa Kerajaan Perpaduan
adalah Kerajaan PH yang diberi nama baharu.
Keempat,
orang Melayu, termasuk bekas pengundi UMNO tidak dapat memaafkan DS Zahid dan
ahli-ahli MKT kerana membawa UMNO masuk bekerjasama dengan DS Anwar dan DAP
sedangkan resolusi Perhimpunan Agung terang-terang mengatakan “No Anwar. No
DAP.”
Kelima,
orang Melayu tidak percayakan DS Anwar untuk menjadi pemimpin mereka.
Keenam,
di antara parti-parti Melayu yang ada sekarang, biar apa pun kelemahannya,
pemimpin-pemimpin PAS nampak lebih bersih, lebih berintegri dan lebih boleh
dipercayai.
Ketujuh,
penyokong-penyokong PAS terdiri daripada semua lapisan masyarakat, daripada
pelajar-pelajar universiti dan graduan-graduan muda, lapisan pertengahan umur,
apatah lagi warga emas.
Penambahan
bilangan kerusi yang diperolehi PN adalah daripada yang sebelumnya dimenangi
UMNO, PKR dan Amanah. Ertinya, pengundi-pengundi yang dahulunya mengundi parti-parti itu telah berpindah kepada
PN, khususnya PAS. Pengundi-pengundi baru Melayu juga nampaknya lebih suka memilih
PAS daripada parti-parti Melayu lainnya. Saya percaya, jika PRN 15 diadakan pada 12 Ogos 2023, PN akan
memperolehi majoriti yang jelas dan Kerajaan Perpaduan tidak akan tertubuh.
Keputusan ini adalah penolakan Kerajaan Perpaduan dan parti-parti Melayu yang
bekerjasama dengan DAP dan PH. Semua pihak perlu mengambil perhatian
Mengenai
kekalahan teruk UMNO, faktor utamanya ialah orang Melayu tidak dapat menerima UMNO
bekerjasama dengan DAP dan PH. Itulah hakikatnya. Mengenai PKR, orang Melayu tidak percaya DS
Anwar dan PKR boleh diharap untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan
agama Islam. Amanah hanya parti parasit yang tidak relevan dari awal lagi yang
digunakan oleh DAP untuk memecahbelahkan PAS.
Adakah
DS Zahid dan ahli-ahli MKT UMNO akan menerima hakikat itu?
Saya
percaya DS Zahid tidak akan menerimanya. Beliau akan bergantung kepada jawatan
Presiden UMNO yang sudah dilanjutkan tempohnya itu kerana beliau percaya hanya
dengan cara itu beliau dapat berkuasa dan melepaskan dirinya daripada
pertuduhannya di mahkamah. Untuk itu beliau telah membawa UMNO bekerjasama
dengan PH (DS Anwar dan DAP). DS Anwar menanggung bebannya kerana perlukan
bilangan kerusi Parlimen BN untuk membolehkannya menjadi Perdana Menteri.
Sekarang, pengaruh UMNO lebih lemah, DS Zahid terpaksa bergantung kepada DS
Anwar dengan harapan untuk mendapat perlindungan dan disebabkan kedudukan PKR sendiri sudah lebih lemah, DS Anwar
terpaksa bergantung kepada DS Zahid
untuk dapat terus menjadi Perdana Menteri. Mereka memerlukan satu sama lain.
Bagaimana
dengan ahli-ahli MKT UMNO? Terdapat seorang yang telah bersuara, itu pun bukanlah
seorang ahli politik profesional. Beliau adalah seorang profesional yang
dilantik menjadi Ahli Dewan Negara untuk membolehnya dilantik menjadi Menteri.
Bagi yang lainnya, sekian lama mereka mengikuti kehendak DS Zahid kerana kepentingan
diri. Saya tidak nampak ada di antara mereka yang akan bangun menuntut beliau
meletak jawatan.
Perlu
diingati DS Zahid boleh berkata, keputusan MKT bukan keputusannya seoang. Semua
ahli bertanggungjawab. Mengapa hanya dia seorang yang hendak dipersalahkan?
Mungkinkah
akan ada gerakan dari bawah? Sehari selepas PRN itu diadakan, terdapat laporan beberapa
orang ketua pemuda yang mengatakan UMNO perlu
berani melakukan perubahan sekiranya ia tidak mahu dilupakan oleh masyarakat.
Ketua Pemuda dan Wanita UMNO membuat kenyataan
mereka akan mengadakan kaji siasat mengenai kekalahan teruk UMNO itu.
Mengambil
iktibar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini, saya tidak fikir perubahan
besar akan berlaku kepada UMNO. Selepas DS Zahid dihadapkan ke mahkamah dahulu,
Pemuda UMNO meluluskan satu resolusi meminta beliau melepaskan semua jawatan
dalam parti sehingga beliau dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah. Apabila UMNO
pulih di bawah pimpinan DSU Mohamad Hasan, DS Zahid kembali memimpin UMNO. Kita
tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir, Pemuda pun senyap dan nampaknya bertukar
menjadi penyokong DS Zahid yang setia. Saya tidak hairan, jika Perhimpunan Agung tergempar dapat diadakan
sekalipun (saya fikir tidak), setelah mendengar ucapan DS Zahid berapi-api, perwakilan
akan memberi tepukan bergemuruh menyokongnya. Pemuda, Wanita dan Puteri pun
akan turut memberi sokongan tak berbelah bagi. “Pi mai pi mai tang tu” (kata
orang Pulau Pinang). “Biarkan. Biarkan (Si-Lunchai).
17
Ogos 2023
Banyak diantara pandangan Tun abdul hamid benar tapi ada sedikit yg munkin tun tertinggal iaitu mengenai selangor dan ns ... saya berpandangan bahwa tampa sedikit "nasi tambah" umno munkin ph sudah melingkop di selangor, lihat saja di dun2 yg majoritinya kurang dari 500 atau lebih sedikit, bagi saya itu adalah input nasi tambah umno undi dari sakibaki melayu umno yg masih mengikat diri dengan umno.
ReplyDeletebegitu juga di ns.
.
ketika itu dan reality telah berlaku,
ReplyDeletememang realitynya ketika itu pap hendak mwnguasai singapura dan melayu dan realitynya telah pun berlaku,
fikirlah secara reality dap memang hendak menguasa malaysia dan melayu, dan reality telah berlaku pada pru14 apabila melayu dipecah2kan dan fikirlah secara reality selepas pru14 ada pihak telah menunjukkan taringnya, adakah ia tidak akan berulang, ada pihak cuba membodoh2kan dan memecah2kan melayu lagi kononnya melayu berperang saudara, fikirlah lebih reality apabila apa akan terjadi pada malaysia apabila melayu dan bumiputra diperang2kan saraf antara mereka, fikirlah secara reality mengapa pulau pinang susah dikalahkan dan dibandar2 dan bandar besar susah dikalahkan, mesti ada sebabnya, fikirlah secara reality kerana kalah bukan kalah atas sebab-musabab misalnya low turn up lah, pecah undi lah, .....fikir fikir lah, melayu( dan bumiputra) dan islam tiada pisahnya
Pesawat terhempas di elmina..
ReplyDeleteselain dari exco pahang, anak allahyarham jamaluddin jarjis yg meninggal akibat jatuh heli dulu tu dengar cerita adalah seorang billionaire.
note: aku tak pernah tgk pesawat kecil jatuh kemudian meletup mcm bom api seperti dalam kes pesawat nih terhempas tadi dimana2 pun platform i-media.
.