NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Simpang Jeram, Pulai: PN kemuka 15 nama untuk jadi calon

Pengerusi PN Johor Sahruddin Jamal berkata, calon-calon terdiri daripada kombinasi muka lama dan baharu dalam kalangan pemimpin parti dan anggota masyarakat yang aktif.



JOHOR BAHRU: Parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) menyerahkan 15 nama kepada pimpinan pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi PN Johor Sahruddin Jamal berkata, senarai itu diserahkan pada Khamis lepas selepas satu mesyuarat berkenaan PRK tersebut diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.


“Kami telah memuktamadkan senarai 15 orang (calon) dan telah diserahkan kepada pimpinan pusat, melibatkan Bersatu, PAS dan Gerakan,” katanya.


“Bersatu dan PAS masing-masing memberi tiga nama untuk DUN Simpang Jeram, manakala kesemua parti menghantar masing-masing tiga nama bagi Parlimen Pulai.”


Sahruddin berkata, senarai berkenaan, yang terdiri daripada kombinasi muka lama dan baharu, dipilih berdasarkan beberapa kriteria, termasuk terdiri daripada pemimpin parti atau anggota masyarakat yang aktif.

“PN Johor menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti di peringkat pusat untuk memilih calon yang sesuai,” kata beliau yang juga ketua Bersatu Johor.

PRK bagi kedua-dua kerusi berkenaan diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub, yang meninggal dunia pada usia 61 tahun, 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Ogos, sementara pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian 9 Sept.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo