NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Parlimen Kuala Terenganu: Ahmad Amzad menang majoriti selesa

KUALA TERENGGANU: Calon Perikatan Nasional di Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendahului dengan majoriti selesa sebanyak 20,113 undi setakat 9.42 malam ini.

Beliau memperolehi sebanyak 32,212 undi mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Azan Ismail yang memperoleh 12,099 undi ketika ini.

Setakat ini, sebanyak 117 peti undi dikira di pusat penjumlahan undi Parlimen Kuala Terengganu di Wisma Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Seramai 122,160 pengundi terlibat dalam proses pengundian di PRK Parlimen Kuala Terengganu melalui 41 pusat mengundi yang mengandungi 217 saluran.

PRK Kuala Terengganu terpaksa diadakan semula setelah Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika tempoh kempen bagi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Sebelum itu, UMNO Terengganu pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan PRU-15 bagi parlimen tersebut di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketika itu, Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Terengganu yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi.

Beliau mendapat 63,016 undi, mengetepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 10,946 undi; Datuk Mohd Zubir Embong daripada Barisan Nasional (BN) dengan 22,109 undi dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi).-UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo