KUANTAN – Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober ini.
Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkannya membawa isu setempat dan suara pertubuhan tersebu ke DUN.
“Alhamdulillah saya hadir ke pejabat SPR hari ini bagi mendapatkan borang pencalonan.
“Ahli keluarga di Pelangai juga menjadi penyokong dan pencadang kepada saya unuk bertanding di kerusi (DUN) N36 Pelangai. Salam hormat dan salam seperjuangan,” katanya kepada MalaysiaGazette.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.
Menurut Haslihelmy, beliau mendapat maklum balas yang memberangsangkan tentang tawaran untuk bertanding di DUN Pelangai kerana beliau merupakan anak jati kawasan itu dengan masyarakat setempat memberi isyarat mereka mahukan seorang wakil rakyat yang lantang bersuara.
Haslihelmy yang bersama dengan UMNO hampir 15 tahun pernah menawarkan diri bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong pada pemilihan parti pada 13 Februari lalu.
Namun kini beliau memilih bergerak sendiri kerana merasakan tidak sealiran dengan pucuk pimpinan parti.
”Saya ini sayang sangat-sangat dengan UMNO, besar jasanya khusus kepada orang Melayu. Tapi sekarang dia telah dijadikan alat oleh pemimpin yang khianat demi kepentingan peribadi sehingga sanggup keluar dari landasan sebenar,” katanya. _ MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment