NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Portfolio Exco Kelantan diputuskan Rabu ini




KOTA BHARU: Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat yang akan diadakan Rabu ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Nassuruddin Daud ketika ditanya mengenai pembahagian portfolio Exco negeri.

“Kita akan umumkan selepas kita mengadakan menyuarat Exco Negeri Kelantan yang akan diadakan pada Rabu nanti.

“Selepas menyuarat kita akan umumkan mengenai pembahagian portfolio atau selepas kita mengesahkan dalam mensyuarat Exco nanti,” katanya ketika ditemui semasa majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa terlibat ribut di Majlis Mukim Kota, di sini, hari ini. (Foto atas)

Terdahulu kesemua sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah mengangkat sumpah sebagai Exco Kelantan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian pada Selasa lalu.

Sembilan Exco berkenaan terdiri daripada Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman yang juga Adun Kemahang, Dato’ Dr Izani Husin (Kijang), Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Selising) dan Wan Roslan Wan Hamat (Pengkalan Kubor) yang dilantik semula.

Selain itu, lima muka baharu turut mengangkat sumpah iaitu Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra), Hilmi Abdullah (Guchil) dan Dato’ Kamaruddin Md Noor (Ayer Lanas).

Kamaruddin adalah wakil tunggal daripada Bersatu yang membarisi barisan Exco dan Rohani pula wakil tunggal wanita.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, PAS memenangi 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala dua dimenangi gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). – HARAKAHDAILY 20/8/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo