NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN umum pakar bedah, ahli perniagaan calon PRK Simpang Jeram, Pulai

Dr Mohd Mazri Yahya (kiri) dan Zulkifli Jaafar.


Pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular Dr Mohd Mazri Yahya dan ahli perniagaan Zulkifli Jaafar, masing-masing dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu berkata pemilihan kedua-dua calon itu dimuktamadkan setelah mengambil kira semua faktor dan pandangan parti-parti dalam PN. 

“Kedua-dua parti, Bersatu dan PAS, ada jawatankuasa yang membuat penilaian berdasarkan beberapa kriteria seperti kelayakan, pengalaman, sifat, kegiatan dan lain-lain.

“Ia bukan diputuskan seorang, PAS ada sistem, Bersatu ada sistem (untuk menilai) selepas (peringkat) bahagian dan kawasan menamakan beberapa nama yang sesuai. Kita putuskan hanya seorang bagi kawasan yang ditandingi,” kata Presiden Bersatu itu kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon PN bagi kedua-dua kerusi itu di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata Mazri dan Zulkifli merupakan pemimpin kawasan serta calon yang berwibawa dan berintegriti. 

Mazri, 54, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan bekas timbalan pesuruhjaya PAS Johor, pernah bertanding di DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai Zulkifli, 50, yang mempunyai 26 tahun pengalaman sebagai ahli perniagaan dalam bidang logistik dan pengangkutan pula merupakan calon muka baharu.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata PN tidak menawarkan manifesto khusus untuk PRK berkenaan tetapi akan menjelaskan kaedah PN dalam menangani isu-isu khusus yang dialami rakyat Johor, misalnya dalam soal kemiskinan dan isu kos sara hidup.


Sumber I MalaysiaNow 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo