NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN menang Selangor pemangkin ambil alih Pusat




SHAH ALAM: Gelombang sokongan rakyat bukan sahaja daripada orang-orang Melayu, tetapi juga masyarakat kaum Cina dan India di negeri ini dilihat semakin positif kepada PERIKATAN NASIONAL (PN). 

Setiausaha PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir optimis PRN ini menjadi pemangkin untuk langkah mengambil alih Kerajaan Persekutuan sekiranya PN berjaya memenangi negeri ini. 

Menurut beliau, ia berdasarkan demografi penduduk Selangor yang boleh dilihat sebagai mewakili komposisi kaum di Malaysia di mana sedang menunjukkan perubahan untuk mengalihkan sokongan mereka. 

“Alhamdulillah rakyat menerima baik kempen di lapangan dan lebih terbuka berbanding semasa PRU15 dahulu. Masyarakat Cina dan India juga mula meraikan kehadiran calon dan para perayu PN,” ujarnya. 

Beliau mengakui protes menjadi faktor terbesar gelombang tersebut di mana dapat merasai kekesalan dalam kalangan pengundi Umno terhadap pemimpin mereka kerana menjalin hubungan bersama DAP dan PKR. 

Roslan bahkan yakin protes mereka itu akan dizahirkan melalui peti undi, termasuk protes dari ahli dan penyokong MCA dan MIC kerana dipinggirkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  

“Mereka rasa terhina dan tidak lagi dihargai Umno. Mereka juga bakal protes dan undi PN. Selain itu keyakinan meraka terhadap Kerajaan Perpaduan juga semakin merosot ekoran kegagalan menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat. 

“Bagi ahli DAP saya difahamkan ramai kecewa apabila Umno yang mereka tolak, tetapi hari ini diambil oleh pimpinan mereka sebagai rakan kongsi semata-mata kerana kuasa. Mereka dijangka tidak mengundi calon-calon BN.  

“Bagi penyokong dan pengundi DAP yang selama ini merasakan DAP akan memusnahkan dominasi Umno, mereka kecewa bila DAP berkerjasama dengan Umno. Mereka ini akan protes dengan tidak keluar mengundi,” ujarnya. 

Menurut beliau, Pakatan Harapan (PH) dianggotai PKR, DAP dan PAN cuma mendapat 11 peratus undi Melayu dalam PRU Parlimen November lalu yang bermakna telahpun hilang sokongan kaum majoriti di negara ini. 

“Kiranya trend ini berterusan dalam PRN kali ini, maka PKR dan PAN akan jadi mangsa (perubahan itu) dengan Umno mangsa paling besar. Bahkan, PRN kali ini mampu lenyapkan pengaruh PKR dari persada politik tanah air,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 31/7/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo