Khairy bagaimanapun meramalkan kerusi Parlimen Pulai pada PRK yang diadakan serentak dengan DUN itu dapat dipertahankan oleh PH-BN berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.
PRK tersebut diadakan ekoran kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, gelombang PN mampu menembusi kubu kuat BN di Johor berdasarkan trend peralihan pengundi selepas pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.
Tambah bekas menteri Kabinet itu, calon PN bagi kawasan tersebut mempunyai latar belakang yang cukup hebat.
“Kalau itu adalah trend saya rasa ini lebih daripada Sanusi Mania kerana mampu menarik golongan profesional dan cendekiawan Melayu.
“Seperti yang kita tahu pada PRN lalu ada peluang PN menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram ini berdasarkan jumlah pengundi,” ujarnya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment