ALOR SETAR: Keputusan tidak rasmi setakat pukul 9.55 malam menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan majoriti dua pertiga bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Setakat ini, sebanyak 24 kerusi dimenangi gabungan tersebut yang juga sudah melepasi 19 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dengan keputusan majoriti mudah.
Antara kawasan DUN yang mencatatkan kemenangan adalah Ayer Hitam, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kuala Nerang, Pedu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Sungai Limau, Guar Chempedak dan Gurun.
Turut dimenangi PN adalah Belantek, Jeneri, Bayu, Kupang, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Kulim, Bandar Baharu, Ayer Hangat, Kuah dan Suka Menanti.
Pakatan Harapan (PH) setakat ini hanya menang di Kota Darul Aman melalui calon DAP manakala Barisan Nasional (BN) belum menampakkan sebarang kemenangan di mana-mana kerusi. –UTUSAN
No comments
Post a Comment