NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN Kedah tawar 100,0000 peluang pekerjaan, rumah mampu milik



JITRA – Perikatan Nasional (PN) Kedah menawarkan 100,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun melalui pelaburan dan projek berimpak tinggi dalam manifesto pilihan raya negeri.

Pelancaran manifesto itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

PN negeri ini turut menawarkannya sejumlah 15,000 kediaman mampu milik menjelang tahun 2030.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam ucapannya memaklumkan, 17 tawaran PN Kedah itu merupakan kesinambungan daripada pentadbirannya sebelum ini.

“Kita akan jayakan The Greater Kedah, selaras dengan Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti,” katanya ketika berucap sempena Jelajah Mega PN Best. 

Selain itu, PN Kedah turut menyediakan lot tanah kediaman mampu milik bagi rakyat Kedah berpendapatan rendah; memperhebat agenda pendidikan serta menyelesaikan isu berkaitan dengan bekalan air besih.

Tawaran lain turut merangkumi,  soal tadbir urus; memperkasa intitusi masjid; hab pengeluaran makanan; mengangkat peranan belia sebagai pembuat polisi;mewujudkan pusat pembangunan wanita; pelaburan berimpak tinggi; penyampaian perkhidmatan efisyen; keusahawanan; baik pulih kediaman; memperhebat kempen kebersihan serta  meneroka, memulihkan dan mempromosi produk pelancongan. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo